fbpx
Now Reading
Sanusi Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Menghasut

Sanusi Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Menghasut

Sanusi didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pagi tadi (18 Julai), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhamad Sanusi Md. Nor telah ditahan polis ketika beliau berada di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3 pagi.

Hari ini juga, Sanusi telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi menghadapi dua pertuduhan terhadapnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sanusi Ditahan Polis Pukul 3 Pagi, Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Selayang Pagi Ini [Video]

Sanusi Md Nor bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menghasut yang dipercayai dilakukannya dalam satu ceramah di negeri itu minggu lalu.

Pertuduhan pertama: keluar kata-kata hasutan berhubung pelantikan MB Selangor

Bagi pertuduhan pertama, Sanusi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung lantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu ceramah politik pada minggu lalu.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat oleh Sanusi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

“Faham, tidak (mengaku bersalah) Yang Arif,” kata Sanusi.

Pertuduhan kedua: tuduhan hasutan isu penubuhan Kerajaan Perpaduan

Bagi pertuduhan kedua pula, Sanusi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sama minggu lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Osma Affendi Mohd Shalleh.

Sanusi didakwa cenderung hasut dan bangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu didakwa melakukan dua kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai lalu.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 manakalan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Tertuduh juga dilarang membuat apa-apa komen sehingga kes tersebut selesai.

Kedua-dua mahkamah tetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin

Kedua-dua mahkamah turut menetapkan masing-masing jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Sanusi dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sanusi didakwa sentuh isu 3R dan hina Sultan Selangor

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa, institusi diraja) semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sanusi didakwa meremehkan pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang dianggap menghina Sultan Selangor.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.