“Nak Makan Sedap Tapi Free” – Rider Cekup Pelanggan Turun Ambil Makanan Selepas Batal Pesanan [Video]

Setiap individu pasti menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan ketika melaksanakan tugas. Setiap cabaran dan dugaan adalah berbeza bergantung kepada jenis pekerjaan yang dilakukan.

Namun, buat penghantar makanan, antara cabaran yang dihadapi adalah membabitkan kerenah pelanggan yang kadang kala boleh menyebabkan seseorang itu hilang sabar.

Sebagai contoh, ada pelanggan yang gemar ‘membatalkan’ tempahan pada saat akhir dengan alasan pesanan lambat siap atau lambat tiba.

Pelanggan Batal Pesanan Saat Akhir Selepas Rider Tinggalkan Makanan

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh penghantar makanan di akaun TikTok @amirol1991, seorang pelanggan sebuah kondominium di Puchong, Selangor didakwa sering membatalkan pesanan makanan pada saat akhir.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Amirol berjaya ‘menangkap’ wanita berkenaan ekoran daripada perbuatannya.

Wanita itu dikatakan menggunakan taktik ‘kotor’ setelah rider meninggalkan makanan yang dipesan di lobi.

Setelah rider beredar, pelanggan itu dipercayai ‘membatalkan pesanan’ namun tetap turun ke lobi untuk mengambil makanan tersebut.

Malah, ketika tangkapan dibuat, pelanggan wanita itu didakwa telah membatalkan pesanan sebanyak tiga kali dalam masa sehari.

“Order pertama you sudah cancel, order yang ini pun you cancel. Kalau sudah cancel, you tidak boleh turun ambil makanan,” katanya kepada wanita itu.

Tindakannya berjaya dihidu oleh Amirol yang sanggup menunggu pelanggan itu turun setelah menyedari taktik wanita berkenaan.

“Saya tunggu you, saya memang tunggu you turun bawah,” kata Amirol kepada wanita itu. Namun, dakwaan Amirol disangkal oleh pelanggan wanita berkenaan

Tindakan Wanita Boleh Sebabkan Rider Digantung

Menerusi video yang telah mendapat lebih 500 ribu tontonan itu, kelihatan rider berkenaan mengingatkan wanita tersebut bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan dia digantung tugas.

“You buat macam ni, kitaorang kena gantung. You report dekat Panda (Foodpanda) tidak dapat makanan, kitaorang yang kena,” kata rider kepada wanita itu.

Pelanggan Dah Lama Guna Taktik Tersebut

Amirol juga mendakwa tindakan wanita itu telah lama dihidu. Malah, pelanggan itu menjadi ‘buruan’ dalam kalangan rider ekoran tindakannya yang gemar membatalkan order pada saat akhir namun tetap mengambil makanan yang dipesan.

“Sini blok kitaorang sudah tahu punya. Kitaorang takkan letak makanan ini. Nombor telefon dan nombor rumah pun you tak letak,” kata Amirol.

Malah, Amirol turut mengugut untuk melaporkan perbuatan wanita berkenaan kepada pihak polis. Namun, rider tersebut melepaskan wanita itu setelah dia berjanji untuk tidak melakukan perbuatan keji itu lagi.

Menerusi ruang kapsyen, Amirol turut mengingatkan kepada rider yang lain agar menunggu pelanggan dan meminta pelanggan untuk turun mengambil pesanan yang dibuat.

Ini kerana ada sesetengah pelanggan yang gemar menipu dan membuat laporan palsu menyatakan makanan tidak sampai sedangkan makanan telah diambil.

@amirol1991

skypod tower 1 di puchong .. lepas ni kalau siapa2 antar order dia suruh letak bawah baik suruh dia turun kita tunggu smpai dia turun ok .. takut dia report xdpat makanan sedang kan dah ambik makanan tu ..

♬ bunyi asal – amirol – amirol

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dan geram dengan tindakan pelanggan wanita berkenaan.

Namun, ada juga yang memuji sikap rider itu yang masih mengawal emosi walaupun geram dengan perbuatan wanita terbabit.

Cara Brother Ni Sangat Profesional, Respect!

Akhirnya Dia Terkantoi Juga, Baru Kena Buku Dengan Ruas

Senang Kerja Nak Makan Free

Wow! 3 Kali, Free-Free Dia Buat Macam Tu

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Cakap Ambil Je Makanan Tu” – Dapat Order Tingkat 34 Tapi Lif Rosak, Rider Terharu Dapat Pelanggan Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: Rider Makanan Tegur Lelaki Singapura Isi Minyak Dalam Tong Dakwa ‘Hilang’ Kerja, Akaun Disekat

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

48 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

3 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

4 hours ago