fbpx
Now Reading
“Dia Cakap Ambil Je Makanan Tu” – Dapat Order Tingkat 34 Tapi Lif Rosak, Rider Terharu Dapat Pelanggan Baik Hati

“Dia Cakap Ambil Je Makanan Tu” – Dapat Order Tingkat 34 Tapi Lif Rosak, Rider Terharu Dapat Pelanggan Baik Hati

Setelah tiba di lokasi, pengawal keselamatan di kondominium tersebut memaklumkan kesemua lif di Blok A terpaksa ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbuat baik merupakan satu perbuatan yang sangat dituntut dalam agama Islam. Ia akan memberi manfaat kepada pelaku dan penerima, walaupun berbeza kaum, agama dan bangsa.

Ada kalanya, sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan, sudah cukup memberi makna yang sangat besar kepada individu lain.

Lif Rosak, Perlu Hantar Pesanan Ke Tingkat 34

Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok Pejal_25, dia berasa terharu apabila masih wujud lagi orang yang bertimbang rasa pada masa kini.

Segalanya bermula apabila dia yang bekerja sebagai penghantar makanan perlu menghantar pesanan di sebuah kondominium pada pagi Khamis (22 Jun).

Setelah tiba di lokasi, pengawal keselamatan di kondominium tersebut memaklumkan kesemua lif di Blok A terpaksa ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Keadaan itu menimbulkan kerisauan dalam diri penghantar makanan tersebut kerana dia perlu menggunakan tangga sehingga ke rumah pelanggan yang terletak di tingkat 34 kondominium berkenaan.

Maklumkan Kepada Pelanggan Mengenai Lif Rosak

Namun, sedar akan tanggungjawabnya, dia memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan mengenai lif yang sedang dalam penyelenggaran itu.

Malah dia meminta pelanggannya menunggu sebentar kerana perlu mengambil masa untuk sampai ke tingkat 34 dengan menggunakan tangga.

Menurutnya, dia perlu menghantar makanan tersebut kerana pesanan yang dibuat adalah terlalu banyak serta berasa kasihan dengan pelanggan yang telah menghabiskan wang bagi membeli sarapan yang agak mahal harganya.

“Bagi aku, banyak dia pesan ni, aku sendiri mana la mampu makan mahal-mahal macam ni,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Rasa Syukur & Terharu, Tak Perlu Hantar Makanan Hingga Tingkat 34

Namun, respon yang diterima daripada pelanggannya itu amat mengejutkan. Pelanggan tersebut melarang dia daripada menggunakan tangga untuk menghantar makanan tersebut ke tingkat 34.

Sebaliknya, pelanggan itu meminta rider tersebut untuk mengambil sahaja makanan yang telah dipesan kerana dia dikatakan perlu menghadiri satu mesyuarat.

“Dia cakap ambil je makanan tu, sebab dia ada mesyuarat tak sempat nak tunggu,” tulisnya lagi pada foto di carousel TikTok itu.

Respon daripada pelanggannya itu membuatkan dia berasa amat terharu. Baginya, masih ada lagi manusia yang baik dan bertimbang rasa dalam dunia ini.

“Dunia ini penuh dengan orang baik, jika anda tidak menjumpainya, jadilah salah satu dari orang baik itu,” tulisnya lagi di video berkenaan.

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 57 ribu itu, rata-rata netizen turut berkongsi rasa yang sama.

Kebanyakan warganet memuji tindakannya dan mendoakan yang baik-baik sahaja kepada pelanggan penghantar makanan itu.

Berikut antara komen netizen:

Bagusnya Customer Ni

Foto: Tik Tok @pejal_25

Moga Rezeki Customer Ni Mencurah-Curah Sentiasa. Ini Jenis Bagus Ni

Foto: Tik Tok @pejal_25

Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Didikan Family” – Kanak-Kanak Dipuji Tak Kisah Makanan Dipesan Rosak Siap Minta Rider Hati-Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Hero Terciduk” – Niat Baik Tegur Rider Angkat Tongkat Sekali Dia Yang Terlanggar Belakang Myvi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.