Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Hujan lebat yang melanda semalam (18 Oktober) telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas adalah seperti di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Cheras, Jalan Peel dan Jalan Sri Permaisuri.
Malah, turut tular di media sosial keadaan jalan yang dinaiki air di MRR2 sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Tular rider bantu alih penghadang di tengah jalan semasa hujan lebat
Dalam pada itu, sohor di media sosial satu perkongsian video yang memaparkan seorang rider penghantar makanan mengalihkan penghadang plastik yang berada di tengah jalan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @ninaa.nordin, penghadang itu dipercayai bergerak ke tengah jalan kerana ditiup angin kencang semasa hujan lebat.
Deretan penghadang plastik halang laluan kenderaan
Deretan penghadang plastik yang digunakan dalam kerja pembinaan itu telah menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak.
Susulan itu, penunggang lelaki berkenaan telah berhenti di bahu jalan sebelum turun dan mengalihkan kesemua penghadang berkenaan.
Selepas dia mengalihkan penghadang itu, pergerakkan kenderaan di jalan berkenaan kembali lancar.