fbpx
Now Reading
“Saya Sayang Sabah” – Lelaki Blazer Merah ‘Lock’ Leher Rider Tampil Mohon Maaf [Video]

“Saya Sayang Sabah” – Lelaki Blazer Merah ‘Lock’ Leher Rider Tampil Mohon Maaf [Video]

Menurut lelaki blazer merah itu, dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja terutamanya warga-warga Sabah selain menyatakan turut menyayangi negeri di Bawah Bayu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, tular satu video di media sosial yang menunjukan seorang lelaki memakai blazer merah bertindak ‘mengunci’ leher seorang penghantar barangan di hadapan sebuah bangunan di Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur.

Video tersebut yang sohor di media sosial telah menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap tindakan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan kerana menyakiti rider terbabit yang berasal dari Sabah.

Tidak hanya itu, rata-rata rakyat Sabah juga berasa marah apabila lelaki terbabit seakan menyoal loghat yang digunakan oleh rider berkenaan yang didakwanya seakan bukan daripada Malaysia.

Lelaki blazer merah tampil mohon maaf kepada orang Sabah

Terbaharu, lelaki blazer merah terbabit tampil memohon maaf secara terbuka berikutan videonya yang tular sebelum ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ranggi017, permohonan maaf itu juga dibuat kepada semua orang Sabah yang terasa hati dengan ucapannya sebelum ini.

“Saya yang dikenali sebagai blazer merah ingin memohon maaf kepada orang-orang Sabah ataupun kepada sesiapa sahaja yang terasa atas percakapan saya yang telah berlaku pada video lepas.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan saya juga tidak ingin perkara ini berlarutan,” katanya.

Lelaki blazer merah sayang negeri Sabah

Menurutnya, dia juga tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja terutamanya warga-warga Sabah selain menyatakan turut menyayangi negeri di Bawah Bayu itu.

“Saya sayang semua orang, saya sayang Sabah, memang takda apa-apa masalah,” katanya lagi.

Di akhir perkongsian, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang ingin membantu menyelesaikan kes tersebut.

Timbul dakwaan rider dan lelaki blazer merah sudah berbaik

Terdahulu, selepas kejadian tersebut tular di media sosial, timbul dakwaan yang mengatakan kedua-dua mereka telahpun berbaik menerusi satu hantaran gambar yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di akaun X (Twitter) miliknya.

Namun, dia telah menerima pelbagai kecaman hebat daripada netizen menyebabkan dia menukar status akaun X miliknya kepada ‘private’.

Selain itu, pihak polis juga telah membuka satu kertas siasatan berhubung insiden tersebut. Difahamkan, kertas siasatan sudahpun dilengkapkan dan telah diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam (8 November).

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Security Guard Chokes Delivery Rider Over Misunderstanding

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.