Isu Tiada Orang Di Kaunter Air Kelantan: Staf Ke Tandas, Kata Nik Amar

Tidak semua, namun kebanyakan perkhidmatan kaunter baik kerajaan mahupun swasta pasti mempunyai kelemahan terutama dari segi khidmat pelanggan mereka.

Rata-rata pelawat pasti akan kecewa dengan perkhidmatan yang dihadapi antaranya kekurangan petugas kaunter walaupun pada ketika itu ramai orang atau proses kerja yang lambat.

Dalam hati pasti berkata, apa guna kaunter yang banyak jika hanya satu atau dua kaunter sahaja yang dibuka.

Ekoran daripada ini, ramai menganggap kebanyakan pekerja khususnya di kaunter gemar mencuri tulang dan tidak serius dengan pekerjaan mereka.

Panggilan & Mesej Tidak Berjawab, Tiada Pekerja Di Kaunter

Itu luahan seorang pemuda yang mahu mendapatkan maklumat di syarikat Air Kelantan.

Menerusi perkongsian di Facebook Hanif M Noor, pada mulanya dia berasa pelik dan hairan apabila panggilan dan mesej tidak berjawab.

Tidak puas hati dengan respon yang diterima, dia mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat syarikat tersebut yang terletak di Pasir Mas, Kelantan.

Kehadirannya ke pejabat itu nyata memberi kejutan kepadanya apabila dia mendapati tiada seorang pun yang berada di kaunter walaupun jam telah menunjukkan pukul 9.13 pagi.

“Patutla telefon tak angkat, Whatsapp tidak balas, rupanya tiada seorang pun staf duduk di kaunter. Pukul 9.13 masih tutup padahal pejabat buka pukul 8.00 pagi,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Dakwa Pekerja Kaunter Cuti, Telefon Ibu Pejabat Juga Tidak Berangkat

Dia mendakwa setelah menunggu 10 minit, seorang pekerja keluar melayannya di kaunter. Walaubagaimanapun, maklumat yang dikehendaki tidak dapat diperolehi disebabkan pekerja yang menguruskan kaunter berkenaan cuti pada hari tersebut.

“Saya masuk tunggu 10 minit, baru ada staff keluar tapi dia bukan jaga kaunter. Nak semak perincian laporan pun tidak boleh sebab staff jaga kaunter cuti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Apa yang mengecewakannya adalah syarikat berkenaan yang hanya membiarkan kaunter berkenaan kosong. Malah, dia juga dikatakan bertindak menghubungi ibu pejabat sebanyak empat kali, namun panggilan tidak berangkat.

“Boleh dia tinggal kaunter kosong begitu je, teruk sungguh servis, telefon ibu pejabat empat kali pun tak angkat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kesal dengan servis yang diberikan, tindakan syarikat yang memohon peruntukan sebanyak RM8 Bilion kepada kerajaan pusat baginya adalah tidak wajar dengan sikap pekerja dan perkhidmatan yang diberikan.

“Minta peruntukan sampai RM8 Bilion, kalau macam ni, beri RM8 layak la,” tulisnya lagi.

Patut la call xangkat wasap xbalas, rupanya xdok sorg rabuk staf dkt kaunter, pkul 9.13 masih tutup padahal waktu kerja…

Posted by Hanif M Noor on Saturday, 22 July 2023

Terbaharu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan sebenarnya sudah ada kakitangan AKSB yang bertugas di kaunter. Namun, staf itu pergi ke tandas sebelum masuk semula ke kaunter pada jam 9.30 pagi.

Mengakui terkejut dengan perkara itu, Mohd Amar bagaimanapun menyangkal dakwaan yang kononnya kakitangan tidak bekerja.

“Hari ini (semalam) tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan.

“Rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas dan kebetulan pelanggan itu datang, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan tidak letak notis atas kaunter.

“Pada masa yang sama, dia (pengguna) datang dan buat tohmahan kata kakitangan tidak kerja sebab itu panggilan tidak dijawab serta sebagainya. Akhirnya benda ini tersebar,” kata beliau yang dipetik daripada Berita Harian.

Menerusi semakan kami, pengguna berkenaan turut berkongsi perkara sama di Facebook miliknya.

Dia bagaimanapun tetap tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan oleh kakitangan AKSB.

Dato Nik Amar dh jawap, jadi ambo nk share alasan bijak untuk isu kaunter kosong, sek demo nilai sendiri…dia ingat kita ni bdk tadika ko…

Posted by Hanif M Noor on Sunday, 23 July 2023

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 hour ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

22 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

22 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

23 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

23 hours ago