fbpx
Now Reading
Gagal Patuh SOP, Penganjur 100 Hari AKM Dikompaun, Kaunter JPJ & PDRM Ditutup

Gagal Patuh SOP, Penganjur 100 Hari AKM Dikompaun, Kaunter JPJ & PDRM Ditutup

Jangan risau, ekoran penutupan berkenaan, anda kini boleh membayar saman di Balai Polis & Kaunter JPJ di seluruh negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui sekarang sedang berlangsungnya Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara tersebut yang bermula semalam, 9 Disember lebih mencuri tumpuan orang ramai memandangkan dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberikan penawaran diskaun sehingga 80% selama 4 hari untuk saman terpilih yang dikeluarkan mereka.

Sehubungan itu ramai yang mengambil kesempatan mengunjungi acara tersebut bagi mendapatkan tawaran diskaun saman demi menyelesaikan saman lampau.

Namun terbaharu, Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin (KJ) memaklumkan penganjur program berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan pada hari pertama acara itu diadakan.

Bukan itu sahaja, KJ turut memaklumkan kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan di KLCC juga telah ditutup serta-merta bermula petang hari ini.


“Penganjuran majlis yang sepatutnya mempamerkan pencapaian 100 hari kerajaan serta semua kementerian dan agensi terbabit, dicemari dengan kegagalan penganjur memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kegagalan pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan

“Penganjuran majlis rasmi kerajaan seumpama ini sepatutnya memberikan contoh yang terbaik dan menjadi teladan serta penanda aras kepada agensi-agensi lain termasuk agensi bukan kerajaan serta orang ramai; bukan sahaja dari aspek pelaksanaan program, tetapi juga aspek pematuhan SOP dan peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran dari penutupan dua kaunter yang menjadi tumpuan orang ramai itu, KJ memaklumkan dua agensi berkenaan akan mengumumkan jenis kaedah pembayaran lain yang dapat dilakukan untuk mendapatkan tawaran itu.

Boleh dibayar di Balai Polis & Kaunter JPJ

Namun carian kami mendapati akaun Twitter rasmi MyKeluargaMalaysia sudah pun mengumumkan orang ramai kini boleh membayar saman berkenaan di Balai Polis & Kaunter JPJ seluruh negara.

Foto header : Kosmo & Malaysia Gazette

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.