fbpx
Now Reading
Polis Cekup Lelaki Didakwa Cuba Halang & Serang Peguat Kuasa Ketika Jalankan Tugas

Polis Cekup Lelaki Didakwa Cuba Halang & Serang Peguat Kuasa Ketika Jalankan Tugas

Menerusi video yang tular kelihatan lelaki berkenaan telah menolak penguat kuasa berkenaan sehingga dia terjatuh di atas motosikalnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang penjawat awam dipercayai telah ditolak oleh seorang lelaki di kawasan parkir hadapan premis di Jalan Flora, Taman Flora, Batu Pahat, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan oleh MalaysiaGazette di laman X (Twitter), awalnya kelihatan penjawat awam berkenaan telah ditolak sebelum berlaku pergaduhan di antara mereka.

Tidak lama kemudian datang seorang lagi individu yang dilihat cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Polis tahan individu serang penjawat awam

Ekoran daripada insiden itu polis kemudian telah bertindak menahan lelaki berkenaan yang didakwa menghalang penjawat awam yang juga anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ketika mengeluarkan kompaun kepadanya atas kesalahan parkir di kawasan berkenaan pada 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan polis mendapat aduan daripada penjawat awam.

“Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

“Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Pergaduhan dileraikan orang awam, kedua-dua alami cedera ringan

Menurut Ismail, pergaduhan antara mereka bagaimanapun telah dileraikan oleh orang awam yang berada di kawasan insiden.

Mereka turut dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas dan menggunakan kekerasan kepada penjawat awam.

Sekiranya sabit kesalahan, individu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.