fbpx
Now Reading
Menjijikan! JKNM Arah 4 Kilang Makanan Tutup Lepas Jumpa Najis Tikus

Menjijikan! JKNM Arah 4 Kilang Makanan Tutup Lepas Jumpa Najis Tikus

Menurut Pengarah JKNM Datuk Dr. Rusdi, sebanyak 61 buah kilang turut diambil tindakan tegas apabila dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap pengusaha makanan mahupun minuman untuk mengendalikan perniagaan mereka dengan baik dan bersih.

Ini kerana, pengendalian makanan yang tidak menjaga kualiti kebersihan boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan pelanggan.

Empat kilang diarah tutup kerana tak bersih

Terbaharu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah bertindak mengarahkan sebanyak empat kilang memproses makanan untuk ditutup secara serta-merta kerana persekitaran yang kotor selain turut menemui najis tikus dalam premis berkenaan.

Tempoh penutupan yang diarahkan oleh JKNM kepada kilang-kilang tersebut adalah 14 hari.

Dikesan lepas serbuan Operasi Bersepadu Kilang 2023 dilakukan

Pengarahnya, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman memaklumkan persekitaran yang kotor tersebut dikesan selepas serbuan Operasi Bersepadu Kilang 2023 yang dilakukan untuk tempoh dua hari sehingga 1 Ogos.

Arahan penutupan kilang berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 disebabkan najis tikus yang dijumpa selain premis yang tidak mencapai piawaian yang memuaskan.

“Operasi Bersepadu Kilang 2023 adalah salah satu inisiatif JKNM yang memfokuskan kepada kilang makanan untuk memastikan semua kilang di Negeri Melaka mematuhi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983.

“Sebanyak 13 kilang telah diperiksa dan empat daripadanya diarah tutup serta merta-selama dua minggu selepas kita menemui najis tikus di dalam premis pemprosesan itu.

“Selain itu JKNM telah mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM35,200 terhadap premis-premis yang terlibat termasuk kilang dalam kawasan daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah,” ujarnya lapor Kosmo.

Selain empat kilang, 61 kilang turut dikenakan kompaun

Jelas Dr. Rusdi lagi, selain empat kilang yang diarahkan tutup, tindakan tegas turut diambil terhadap 61 kilang makanan dengan 37 kompaun dikenakan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Secara keseluruhan lima kilang telah diarahkan tutup dan kita telah mengenakan kompaun bernilai RM48,400 dalam pemeriksaan yang dilakukan sejak awal tahun ini.

“Sebanyak 12 kilang dikesan melakukan kesalahan di bawah Perkara 9 iaitu premis pengilangan makanan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) dan dikenakan kompaun bernilai RM30,000.”

Beliau dalam pada itu turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung premis pengilangan makanan yang kotor, menjual produk makanan sudah tamat tempoh atau bungkusan rosak untuk tampil membuat laporan ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekat atau terus melalui laman sesawang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.