fbpx
Now Reading
Menjijikkan! Najis Tikus & Lipas Dijumpai, Kedai Makan Diarah Tutup 14 Hari
8 premis diarah tutup jumpa najis tikus dan lipas

Menjijikkan! Najis Tikus & Lipas Dijumpai, Kedai Makan Diarah Tutup 14 Hari

Ujar MPKS operasi pembersihan secara menyeluruh hendaklah dilakukan kepada lapan premis berkenaan sebelum ia dibenarkan untuk dibuka semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan di tempat makan merupakan perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh setiap penguasaha makanan.

Ini kerana keadaan premis yang kotor bukan hanya membuatkan pelanggan geli tetapi ia turut boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

8 buah premis diarah tutup lepas jumpa najis tikus & lipas

Terbaharu, sebanyak lapan buah premis makanan didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan apabila terdapat najis tikus dan lipas dijumpai di dalam premis.

Hasil dari penemuan tersebut, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan premis makanan itu telah diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan perlu menjalankan operasi pembersihan secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Ujarnya, MPKS melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran telah melakukan Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam bermula pada Mei hingga Oktober 2022 yang lalu di premis-premis makanan daerah Kuala Selangor.

Foto: FB MPKS

Pemeriksaan bertujuan pastikan tahap kebersihan

Pemeriksaan premis makanan adalah bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap baik serta keselamatan makanan yang terjamin.

Berikutan itu, sebanyak 77 premis makanan telah diperiksa dan dari operasi yang dijalankan, sebanyak 162 kompaun serta 18 notis sudah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Kesalahan itu adalah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007, Undang- Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007 di bawah bidang kuasa MPKS dan Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.

Foto: FB MPKS

“Pemeriksaan mengejut adalah bertujuan untuk memastikan premis-premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi para pelanggan.

“Pemeriksaan seperti ini akan diperluaskan lagi untuk tahun seterusnya bagi mengekalkan tahap kebersihan yang baik terhadap pengusaha-pengusaha premis makanan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.