fbpx
Now Reading
“Imam Terus Ghaib” – Telatah Jemaah Tarawih ‘Menggelupur’ Kerana Lipas Buat Ramai Terhibur [Video]

“Imam Terus Ghaib” – Telatah Jemaah Tarawih ‘Menggelupur’ Kerana Lipas Buat Ramai Terhibur [Video]

Bukan hanya imam, kelihatan para makmum lelaki yang lain juga seakan takut dengan seranggan tidak berbisa itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki dipercayai pelajar tahfiz yang sedang menjadi imam melarikan diri selepas solat kerana seekor lipas.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @matanshahalam, kejadian dipercayai berlaku ketika remaja itu sedang memimpin solat tarawih di sebuah maahad tahfiz di Shah Alam, Selangor.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan remaja berkenaan segera berundur ke belakang selepas memberi salam sambil memberitahu kepada rakannya mengenai keberadaan seekor lipas terbang berhampirannya.

Lipas hampiri saf hadapan buat keadaan jadi huru-hara

Keadaan yang pada mulanya tenang di bahagian saf hadapan bertukar menjadi huru-hara selepas lipas terbabit menghampiri mereka.

Bukan hanya imam, kelihatan para makmum lelaki yang lain juga seakan takut dengan serangga tidak berbisa itu.

Pukul tak kena, imam terus cabut lari

Lebih menghiburkan, imam solat tarawih itu juga bertindak melarikan diri selepas cubaannya untuk memukul lipas terbabit dengan menggunakan rida’ tidak berjaya.

Keadaan kucar-kacir angkara lipas itu menyebabkan mereka lupa seketika untuk membaca doa selepas berselawat apabila dilihat mula berdiri untuk meneruskan solat tarawih.

Bagaimanapun, mereka kembali duduk setelah ditegur lalu menyambung bacaan doa.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1.22 minit itu sudah mendapat lebih 9 juta tontonan dan lebih 650,000 tanda suka.

Netizen terhibur lihat gelagat jemaah tahfiz itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan gelagat-gelagar pelajar tahfiz itu yang begitu takut dengan seekor lipas.

Selain itu, segelintir netizen wanita juga hairan dan mempersoal kenapa kaum lelaki kebanyakannya takut dengan lipas terbang.

Hakikatnya, bukan hanya pelajar-pelajar tahfiz itu yang takut kepada lipas, masih ramai lagi individu termasuk golongan dewasa yang takut kepada serangga itu terutamanya yang mampu terbang.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.