fbpx

“Jangan Terbang Nanti Jadi B*bi” – Wanita Tetap Tenang Memandu Ketika Temui Lipas Dalam Kereta [Video]

Apa yang mengejutkan, lipas berkenaan secara tiba-tiba membuka sayapnya dan terbang ke arah wanita terbabit yang sedang memandu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lipas kebiasaannya hanya bersaiz kecil dan tidak berbisa, namun serangga tersebut antara yang paling banyak ditakuti oleh manusia.

Bukan hanya golongan kanak-kanak dan wanita, bahkan kebanyakan lelaki juga berasa geli serta takut setiap kali melihat lipas.

Apa yang lebih menakutkan, apabila serangga yang kebiasaannya berada di tempat-tempat lembab dan kotor itu mampu terbang.

Wanita kekal tenang memandu lepas nampak lipas dalam kereta

Namun lain pula kisah dengan seorang wanita ini apabila dia yang sedang memandu kereta seorang diri dilihat kekal tenang meskipun terdapat seekor lipas di dalam kenderaannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @___usedtoit___, kelihatan lipas terbabit sedang melekat di bahagian cermin pintu penumpang hadapan sambil cuba memanjat ke atas.

“Bapok besar, tengah bawa kereta lah, jangan terbang nanti jadi babi, cuba teka dia nak terbang tak,” kata wanita itu.

Lipas tiba-tiba terbang, nasib pemandu wanita tak terlalu gelabah

Apa yang mengejutkan, lipas berkenaan secara tiba-tiba membuka sayapnya dan terbang ke arah wanita terbabit yang sedang memandu itu.

Situasi di dalam kereta pada ketika itu bertukar menjadi sedikit huru-hara, namun wanita berkenaan tetap berjaya mengawal pemanduannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Netizen persoal macam mana boleh kekal tenang ketika berdepan lipas terbang

Segelintir netizen mempersoal bagaimana wanita itu masih boleh meneruskan pemanduannya selepas melihat lipas terbabit kerana bagi mereka berhenti dan keluar daripada kereta merupakan pilihan yang tepat.

Malah ada juga yang tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya situasi tersebut terjadi kepada diri mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.