Ustaz Terangkan Pakaian ‘Syuhrah’ Dilarang Dalam Islam, Netizen Pula Tag Aina Abdul Sebagai Teguran? [Video]

Nama penyanyi wanita, Aina Abdul memang tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik di negara ini. Kehebatan vokal dan kemerduan suaranya pasti akan memikat hati para pendengar.

Namun, Aina Abdul juga sering terpalit dengan gaya fesyen yang agak pelik dan lain daripada biasa sehingga mendapat kecaman dan sindiran daripada netizen.

Jika sebelum ini Aina pernah dikecam ramai semasa menjadi juri tetap di Konsert Big Stage 5 (Big Stage 2023) kerana pakaiannya yang besar dan pelik telah mengganggu pandangan penonton yang duduk di bahagian belakangnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Pilih La Fesyen Sesuai..” – Netizen Tegur Hiasan Kepala Aina Abdul Didakwa Halang Pemandangan Konsert Big Stage

Aina Abdul tampil dengan pakaian pelik lagi di ABPBH 35

Terkini, penampilan penyanyi wanita berusia 29 tahun itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil dengan fesyen yang aneh di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) pada Jumaat lalu (21 Julai).

Selain Aina, beberapa artis yang lain juga kelihatan berpakaian keterlaluan ketika menghadiri acara karpet merah ABPBH 35 itu.

Ustaz tegur artis pakai pakaian pelik-pelik, ia dilarang dalam Islam

Susulan itu, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dikenali sebagai Ustaz Dr. Kamilin Jamilin telah memberi teguran mengenai isu tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, pakaian sedemikian dilarang di dalam Islam meskipun tidak mendedahkan aurat kepada orang ramai.

“Pernah kan tengok orang pakai pakaian pelik-pelik? Biasanya artis atau selebriti-selebriti dalam dunia fesyen kononnya unik dan lain daripada yang lain.

“Tahu tak sebenarnya pakaian macam ni dilarang oleh Islam. Walaupun seandainya tidak mendedahkan aurat sekalipun. Tapi pakaian semacam ini tetap salah,” katanya.

Pakaian pelik-pelik termasuk dalam kategori ‘Syuhrah’

Menurutnya, berpakaian pelik dilarang dan salah dalam Islam kerana ia termasuk dalam kategori ‘Libas al-syuhrah’ iaitu pakaian pelik yang sangat mengundang perhatian.

Jelas Ustaz Kamilin, antara sebab ia dilarang di dalam Islam kerana pemakaian sedemikian boleh mengundang terhadap sifat ingin menunjuk-nunjuk selain daripada akan berlaku pembaziran.

“Riak ni muncul bila mana kita rasa lebih hebat dan lebih unik daripada orang lain. Bila kita biasa mengundang perhatian atau tumpuan orang ramai lebih susah untuk kita jaga hati,” katanya lagi.

Pakaian ‘syuhrah’ boleh halang seseorang daripada masuk syurga

Menurutnya lagi, perkara tersebut juga boleh menghalang seseorang itu daripada masuk ke Syurga selain menerima balasan yang sangat berat di akhirat nanti.

Ustaz Kamilin juga menjelaskan beberapa hadis yang menceritakan tentang balasan daripada Allah SWT terhadap orang yang berpakaian ‘syuhrah’ ini.

“Dalam hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Nabi SAW bersabda, siapa yang di dunia ini berpakaian pakaian ‘syuhrah’ maka pada hari kiamat nanti Allah akan pakaikan dengan pakaian kehinaan buatnya.

“Dalam hadis Ibn Majah pula, Allah berpaling daripada dia. Dalam Riwayat Ibn Abi Syaibah, Allah akan pakaikan dia dengan pakaian api neraka,” jelasnya.

Di akhir perkongsian, beliau juga menasihati orang ramai terutamanya golongan artis dan selebriti untuk jauhi daripada memakai pakaian yang mengundang ke arah pakaian ‘Syuhrah’.

Video TikTok

@drkamilinjamilin

🔥 Ancaman Buat Pemakai Pakaian “Syuhrah” (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengaitkan isu tersebut dengan menyebut (tag) akaun Aina Abdul. Malah ada juga yang meninggalkan mesej seperti ‘semoga ambil iktibar’ dan ‘reminder’ kepada penyanyi itu.

Bagi pendapat kami pula, teguran itu bukanlah semata-mata untuk Aina Abdul sahaja, malah kepada kita semua untuk dijadikan sebagai peringatan agar sentiasa bersederhana dalam kehidupan.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen:

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

17 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

20 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

22 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

22 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

23 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

23 hours ago