Fenomena Barbie masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini. Ia mula tular di Malaysia apabila filem berkaitan anak patung berkenaan ditayangkan di negara ini pada 20 Julai yang lalu.
Aura anak patung ini nyata memberi pengaruh kepada majoriti masyarakat di Malaysia. Ia mula mendapat perhatian apabila wujud kolaborasi di antara beberapa jenama dengan Barbie.
Pengaruh fenomena ini boleh dilihat antaranya seperti gaya fesyen setengah individu pada masa kini. Sekiranya anda berjalan ke pusat membeli belah atau ke mana sahaja, pasti akan ada peminat Barbie yang berpakaian berwarna merah jambu.
Fenomena ini turut memberi pengaruh kepada setengah kanak-kanak kerana ia juga merupakan salah satu permainan yang sinonim dengan kanak-kanak perempuan.
Demi kebahagiaan anak, seorang bapa sanggup menghias kereta mewah dengan tema Barbie sebagai kejutan buat anak kesayangannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok melalui akaun @wanieelena, suaminya tekad untuk membuat perubahan kepada kereta mewah dipercayai jenis Mercedes Brabus 700.
Perubahan ini adalah sebagai kejutan dan hadiah buat anak perempuannya yang berusia empat tahun sempena hari jadi anak kesayangan mereka.
Malah, hiasan itu juga bertujuan bagi memberikan pengalaman Barbie yang sebenar kepada anak perempuannya itu.
Menerusi video yang telah mendapat lebih 600 ribu tontonan, kelihatan kereta mewah tersebut diberi sentuhan baharu dengan catnya ditukar menjadi warna merah jambu (pink) sesuai dengan tema Barbie.
Menerusi satu lagi video, jelas usaha si bapa membuahkan hasil apabila anaknya kelihatan begitu teruja dan seronok sebaik melihat kejutannya itu.
Malah, apa yang menarik perhatian netizen adalah himpunan set mainan yang terletak di bahagian belakang kereta yang turut dihiasi dengan belon berwarna pink.
@wanieelena Happy Birthday my Barbie Girl 💗🎀👱🏻♀️
♬ Barbiegurl – Malibu Babie
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi dan memuji tindakan lelaki itu yang sanggup melakukan perubahan kepada kereta mewah semata-mata untuk membahagiakan anak mereka.
Malah, ada juga yang turut memuji kereta berkenaan yang kelihatan unik dan menawan setelah dihias dengan tema anak patung terkenal itu.
Baca Artikel Berkaitan: 9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!
Baca Artikel Berkaitan: Mattel Hasilkan Patung Barbie Edisi Khas Farah Ann

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…