Aunty Terpegun Ketika Dengar Bacaan Ayat Al-Quran, Siap Minta Anak Hormati Orang Solat [Video]

Tidak dinafikan siapa sahaja yang mendengar ayat suci al-Quran pasti akan terpesona dengannya.

Apatah lagi jika alunan bacaan itu begitu merdu selain si pembaca menyebut setiap ayat dengan penuh penghayatan dan tajwid yang betul.

Aunty berbangsa India teruja dengar surah dialunkan di surau

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita berbangsa India ini yang dilihat terpesona tatkala mendengar bacaan ayat suci al-Quran yang dialunkan dari surau berdekatan rumahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hezzaroslan di Tiktok menunjukkan ibu kepada rakannya itu sedang berdiri tegak sambil mendengar ayat suci yang berkumandang di surau tersebut.

Malah dia juga difahamkan tidak berganjak ketika mendengar alunan tersebut.

“Rakan saya hantar video menunjukkan ibunya teruja dengan surah yang dibacakan di surau berdekat rumahnya.

“Terpegun sangat dia sampai berdiri tegak, tak gerak dekat situ,” ujarnya.

@hezzaroslan

Embracing the beauty of diversity! 🕌🌟. Cute tau aunty ni terpegun dengar orang mengaji. Siap hormat lagi… Malu la kita yang muslim ni kalau tak pandai nak hormat agama orang lain… 🇲🇾❤️🕌 #ProudMalaysian #ProudMuslim #RespectEachOther #HarmonyAndUnderstanding #fypシ #fyp #hormatmenghormati #respect #goodtimes #malaysia #cuteaunty

♬ original sound – HezzaRoslan – HezzaRoslan

Ingatkan anak perlu hormati agama lain

Bukan hanya itu ketika rakan Hezzaroslan mengusiknya bilakah dia mahu masak, si ibu dikhabarkan telah memarahi anaknya dengan mengatakan ‘kita perlu menghormati orang bersembahyang’.

“Bila kawan saya tanya bila nak masak? Tak memasal kena marah. Dia kata hormat orang sembahyang, kau tahu makan je tau,” katanya lagi.

Hezzaroslan dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menghormati budaya dan kepercayaan orang lain agar kita hidup dalam masyarakat yang harmoni.

Gelagat comel wanita itu undang perhatian

Video gelagat comel aunty itu telah menarik perhatian orang ramai. Bahkan ada juga orang bukan Islam yang mengakui suka mendengar takbir raya.

Tidak kurang juga ada yang memuji suara individu yang membaca itu sangat merdu.

“Bacaan tu merdu sungguh, fitrah manusia. Tak kira apa agama bila dengar surah yang merdu pasti akan terkesan”

“Saya suka dengar takbir raya”

“Salute aunty dan terima kasih kerana menghormati. Itu adalah ayat bacaan al-Quran”

Recent Posts

  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

37 mins ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

3 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

4 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

4 hours ago