Oyen Digelar ‘The Star of Zoo Negara’, Kehadiran Pengunjung Melonjak 2 Kali Ganda

Sebelum ini, tular mengenai kisah seekor kucing berwarna oren atau dikenali sebagai ‘Oyen’ berada di dalam kandang tikus gergasi capybara di Zoo Negara.

Menariknya, Oyen kelihatan berkawan baik serta saling bermanja dengan kumpulan capybara itu meskipun kedua-dua jenis haiwan terbabit datang daripada spesies yang berbeza.

Kisah tular mengenai Oyen dan sekumpulan capybara ini juga mendapat perhatian ramai sehingga ke luar negara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen Dah Femes” – Influencer Luar Negara Kongsi Kisah Kucing Di Kandang Capybara Zoo Negara [Video]

Kehadiran Oyen lonjak kedatangan pengunjung ke Zoo Negara

Siapa sangka kehadiran oyen ini telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.

Naib Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata Oyen kini menjadi ‘Star of Zoo Negara’ mempunyai populariti luar biasa susulan keunikannya bersahabat dengan capybara sejak tiga tahun lalu.

“Setiap hari, 95% daripada pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen. Oyen sangat popular, sebab itu saya panggilnya The Star of Zoo Negara, malah kedatangan pengunjung juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu,” katanya dipetik Bernama.

Zoo Negara pasang papan tanda rasmi Oyen 8 Ogos

Kenyataan itu diberikan Rosly selepas pemasangan papan tanda rasmi Oyen di hadapan tembok kandang capybara semalam (8 Ogos) sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada tarikh sama setiap tahun.

Jelasnya, papan tanda baharu itu bagi menggantikan papan tanda lama yang telah rosak kerana ditendang pengunjung tanpa sengaja.

@sinar_my

Yeayyy secara rasminya Oyen dah dapat papan tanda sendiri ni di Zoo Negara! 🔥😍 #PagiDiSINAR

♬ original sound – Stan 🙂

Zoo Negara ingin cari pasangan buat Oyen

Dalam pada itu, pihak Zoo Negara juga berhasrat untuk mencarikan pasangan buat Oyen agar kucing itu dapat menghasilkan anak sekaligus menjadi pewaris legasi Oyen di kandang berkenaan.

“Kami sedang berusaha untuk mencari pasangan yang sama jenis dan seusia dengan Oyen. Jadi, jika Oyen sudah tiada, akan ada anaknya nanti di sini untuk tatapan pengunjung,” katanya lagi.

@bernamatvofficial

Zoo Negara mengiktiraf seekor kucing bernama ‘Oyen’ sebagai ‘Star of The Zoo Negara’ yang bersahabat baik dengan sekumpulan Capybara, spesis tikus terbesar dunia. Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, pihaknya kini sedang mencari seekor kucing betina juga berwarna oren untuk dijadikan pasangan ‘Oyen.’ beritatiktok newstrendingmalaysia beritaviralterkini newstv bernamatvofficial fypmalaysia trendingnewsmalaysia beritaditiktok buletinbernama kucing tikus capybara zoonegara oyen

♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

Zoo Negara akan jaga kebajikan Oyen

Berkongsi lanjut, beliau berkata pihaknya juga akan menjaga kebajikan kucing tersebut termasuk memberi makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya.

“Berbanding dahulu, Oyen kini sudah jinak dan boleh didekati. Tujuan kami mahu rapat dengan Oyen supaya jika suatu hari nanti Oyen jatuh sakit, mudah untuk kami pegang dan merawatnya,” ujar Rosly.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

22 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago