fbpx
Now Reading
“Oyen Dah Femes” – Influencer Luar Negara Kongsi Kisah Kucing Di Kandang Capybara Zoo Negara [Video]

“Oyen Dah Femes” – Influencer Luar Negara Kongsi Kisah Kucing Di Kandang Capybara Zoo Negara [Video]

Difahamkan, pihak Zoo Negara baru-baru ini telah menambah papan tanda baharu yang tertera tulisan Oyen di bawah ukiran bertulis Capybara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pernah tular di media sosial mengenai seekor kucing berwarna oren yang kelihatan berada di dalam kandang Capybara di Zoo Negara.

Tidak hanya itu, kucing yang digelar sebagai Oyen itu juga nampak begitu selesa berkawan baik dengan sekumpulan haiwan itu. Dah macam best friend!

Oyen di kandang Capybara jadi daya tarikan buat pengunjung

Penularan video tersebut sekaligus menjadi daya tarikan baharu buat para pengunjung yang ingin melihat telatah si Oyen bersama sekumpulan Capybara.

Susulan itu, pihak Zoo Negara baru-baru ini telah menambah papan tanda baharu yang tertera tulisan Oyen di bawah ukiran bertulis Capybara.

@znmzoonegara

Haaa oyen pun dah ada signage sendiri 🔥 Mungkin next Roren kita pulak? Korang belum kenal Roren kan 😉 #oyen #oyenbarbar #masbro #capybara #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2023

♬ girls like me don’t cry (sped up) – thuy

Influencer luar negara kongsi kisah si Oyen dan Capybara

Apa yang lebih menarik, kisah mengenai Oyen ini turut mendapat perhatian ke peringkat antarabangsa apabila seorang influencer luar negara berkongsi mengenai kisah si bulus ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @thatgoodnewsgirl, wanita terbabit mengatakan kucing yang menyamar sebagai seekor Capybara itu berjaya diterima oleh kumpulan haiwan terbabit.

“Kucing bernama Oyen itu dipercayai hidup bersendirian sejak kecil lagi dan sering dilihat merayau di kawasan bandar.

“Akhirnya, dia memasuki sebuah Zoo secara tidak sengaja dan telah menemui rumahnya di kandang Capybara. Capybara menerimanya sama seperti spesies mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, sekumpulan Capybara itu juga tidak kisah untuk berpelukan bersama Oyen dan hidup bersama meskipun berlainan spesies.

@thatgoodnewsgirl

Good news of the day: Oyen the orange tabby cat is accepted by a herd of capybaras at Zoo Negara in Malaysia. 🐈 Oyen is believed to have been orphaned as a kitten and now has a capybara family! Oyen the cat and the capybaras are at Zoo Negara @znmzoonegara in Malaysia. Screenshots from the Zoo Negara YouTube account and khykhycaa on TikTok. Video origin is nablilnash_ on TikTok. #capybara #capybaratiktok #capybarasong #catsoftiktok #cattok #orangecat #cat #cats #orangecatsoftiktok #zoonegara #malaysia #goodnews #dailygoodnews #wholesome #wholesometiktok #greenscreen #greenscreenvideo

♬ Kapibara – Capybara

Ramai netizen Malaysia bangga, si Oyen dah femes di luar negara

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial daripada Malaysia berbangga kerana kisah mengenai si Oyen ini mendapat perhatian hingga ke luar negara.

Siapa sangka, si Oyen yang hanya menjadi kucing jalanan suatu masa dahulu kini mendunia haha.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.