Anak Perempuan Allahyarham Salahuddin Sayu & Sebak Ketika Cabut Plat Nama Bapa Di Parlimen

Tidak dinafikan kehilangan ibu atau bapa yang tercinta merupakan sesuatu yang sangat perit untuk diterima.

Malah rasa rindu yang dirasai setiap hari hanya boleh diluahkan dengan iringan doa agar insan tersayang ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Anak perempuan Salahuddin luah rasa sebak ketika ambil plat di Parlimen

Baru-baru ini, anak kepada Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub meluahkan rasa sedihnya ketika mencabut dan mengambil plat nama arwah bapanya di Parlimen baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya yang dikenali sebagai Fatihah Salahuddin menerusi ciapan di Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Fatihah memaklumkan dia telah berkunjung ke Parlimen dengan memakai baju milik arwah bapanya yang berwarna putih.

“Saya memakai baju kemeja ayah ke Parlimen untuk mencabut nama plat pada awal pagi tadi (8 Ogos).

“Saya menangis sebaik sahaja melangkah masuk ke Parlimen. Terasa seperti baru semalam kita semua berkempen untuknya di Pulai, Johor,” ciapnya

Kongsi momen ketika di Parlimen

Fatihah dalam pada itu, turut berkongsi rakaman video memaparkan dirinya sedang menarik plat nama bapanya.

Bukan hanya itu, dia sempat merakam momen akhir duduk di atas kerusi bapanya di Parlimen.

Parlimen adalah sebuah keluarga besar buat Salahuddin

Menurut Fatihah dalam hantarannya di Facebook, Parlimen telah menjadi sebuah keluarga besar buat bapanya dan arwah sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama 2 penggal pada tahun 2004 hingga 2013 sebelum menjadi Ahli Parlimen Pulai pada tahun 2018 sehingga 2023.

“Secara peribadi, Parlimen juga adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Tan Sri Ariff, Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2018 hingga 2020.

“Kemudian berkhidmat dengan ayahnda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022. Sepanjang tempoh tersebut saya diberikan kepercayaan oleh ayah untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen ayah daripada menyediakan soalan-soalan bagi Pertanyaan Jawab Lisan sehinggalah membuat usul untuk ayah.

“Bekerjasama dengan warga Parlimen bukanlah suatu perkara yang janggal buat saya,” ujarnya lagi.

Ucap terima kasih

Fatihah turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih bagi pihak bapanya kepada Parlimen Malaysia terutama Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Protokol, Bentara serta bahagian-bahagaian pengurusan yang lain kerana telah memberikan perkhidmatan yang baik buat bapanya.

“Sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua. Kerusi ini adalah milik rakyat. Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat.”

Sebelum ini pada 23 Julai lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Menteri KPDNK itu selepas beliau menjalani pembedahan.

Berita pemergiannya itu tidak hanya membuatkan rakyat bersedih bahkan para pemimpin negara yang lainnya turut memuji beliau sebagai seorang menteri yang gigih bekerja dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Ramai beri semangat Fatihah sambung perjuangan bapa

Melihat di ruangan komen ramai yang turut berasa sebak dengan perkongsian Fatihah itu dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Tidak kurang juga ada yang memberi semangat agar Fatihah menyambung legasi perjuangan bapanya.

“Ayah awak seorang yang sangat baik”

“Hanya Fatihah paling sesuai di kerusi itu selepas ini. Insya-Allah teruskan perjuangan ayah”

“Sambung legasi ayah. Bertanding”

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

9 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

9 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

11 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

12 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

13 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

14 hours ago