fbpx
Now Reading
Mat Sabu Sifatkan Salahuddin Menteri Yang Gigih & Berusaha Keras Tak Naikkan Harga Barang

Mat Sabu Sifatkan Salahuddin Menteri Yang Gigih & Berusaha Keras Tak Naikkan Harga Barang

Berita sedih berhubung pemergian Salahuddin Ayub itu bukan sahaja membuatkan ramai yang terkejut malah turut bersedih selain menyifatkan beliau antara menteri yang bagus dengan memperkenalkan konsep Rahmah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (23 Julai) negara telah dikejutkan dengan perkhabaran duka dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Berita sedih itu turut disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Syakirin Husnal dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan dihantar pulang ke rumah ibunya di Johor.

Baca artikel berkaitan: Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Mat Sabu sifatkan Salahuddin aktif dan usaha keras pastikan harga barang tak naik

Susulan dari perkhabaran itu ramai yang meluahkan rasa sedih mereka termasuklah Menteri Pertanian dan Keterjamaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang menyifatkan pemimpin dari parti Amanah itu seorang yang aktif serta berusaha keras dalam memastikan harga barang tidak naik.

Malah katanya pemimpin itu disifatkan seorang yang sinonim dengan konsep ‘Rahmah’ yang banyak membantu rakyat dalam berdepan dengan isu kos sara hidup.

Ini termasuklah Bakul Rahmah, Payung Rahmah, Insurans Rahmah, Pakej Rahmah Cermin Mata serta banyak lagi.

Namun, inisiatif yang paling mencuri perhatian pastinya Menu Rahmah di mana golongan B40 boleh membeli set makanan tengah hari serendah RM5 sahaja.

“Allahyarham seorang yang gigih dan ketika menjadi menteri yang menjaga KPDN, arwah sememangnya aktif terutama sekali bagi memastikan harga barang tidak naik.

“Arwah juga begitu keras berusaha termasuk bertemu dengan pihak syarikat dan majikan.

“Ramai mengakuinya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Allahyarham adalah antara menteri yang gigih dalam menjalankan tugas,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Pemergian Allahyarham turut memberi kesan kepada Presiden Amanah itu kerana mereka telah berjuang bersama-sama sejak di dalam PAS seawal usia 20-an sehingga sekarang.

Sanusi turut ucap takziah, sudah bersahabat sejak 1997

Sementara itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga mengatakan Ahli Parlimen Pulai merupakan seorang yang budiman selain turut mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Dia juga turut memaklumkan bahawa pemimpin itu pernah bermalam di rumahnya selain memberitahu telah berkenalan sejak 1997 lagi.

“Kerajaan Negeri (Kedah) turut bersimpati pada keluarga kerana kebetulan beliau sakit di Kedah, tugasan yang mungkin banyak.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada usaha beliau untuk menangani isu kenaikan harga barang, beliau bekerja keras, untuk itu kita hargailah semua.”

“Kita jumpa lagi nanti” – ciapan akhir Allahyarham

Apa yang lebih menyedihkan, orang ramai turut membanjiri ciapan akhir beliau yang dimuat naik pada 21 Julai lalu dan menyifatkan beliau seorang menteri yang bagus.

Beliau dalam ciapan itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai ketika berkunjung ke Kedah untuk meninjau harga barangan di pasar tersebut.

“Singgah pi market sat tadi borak-borak dengan warga Kedah di Pekan Nat. Elok tengok semua barang basah semua fresh. Harga pun berpatutan.

“Terima kasihlah semua naa. Kita jumpa lagi nanti,” katanya.

Di ruangan balas, ramai yang sedih dengan berita tersebut selain turut mendoakan Allahyarham.

“Salah seorang menteri yang bagus. Satu-satunya yang memperkenalkan idea Rahmah”

“Semoga ida Rahmah darimu makan Allah SWT merahmatimu dengan syurga yang percuma..”

“Semoga Allah memberikan rahmat dan reda atas kebaikan yang dilakukan selama hidup almarhum. Al-Fatihah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.