fbpx
Now Reading
‘Menu Sanusi’ Hanya RM1 Undang Perhatian Ramai! [Video]

‘Menu Sanusi’ Hanya RM1 Undang Perhatian Ramai! [Video]

Menurut pemilik kedai yang dikenali sebagai Nur Ezzeanni, dia mendapat idea untuk menggunakan nama Menu Sanusi daripada suaminya selepas kemenangan MB Kedah itu pada PRN lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah kedai makan di Bukit Payong, Pokok Sena mengambil inisiatif memperkenalkan ‘Menu Sanusi’ yang berharga RM1 bagi membantu orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu.

Pemilik kedai, Nur Ezzeanni Abdullah berumur 43 tahun berkata dia sebenarnya telah menjual beberapa jenis menu berharga RM1 sejak sebelum pandemik COVID-19 lagi.

Tukar kepada Menu Sanusi selepas kemenangan MB Kedah pada PRN lalu

Bagaimanapun, wanita itu berkata mereka menjenamakan menu RM1 sebagai Menu Sanusi selepas kemenangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini.

“Antara makanan berharga RM1 ialah mi kari, laksa, kuetiau, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, ayam masak ros, ayam rendang dan sebagainya.

“Hampir setiap hari, kami menyediakan pilihan menu berbeza kepada pelanggan, misalnya hari ini kita masak mi kari dan apabila habis akan ditambah menu lain,” katanya dipetik Sinar Harian.

Foto: TikTok/__.angahhh

Menurut Nur Ezzeanni, dia yang telah mengusahakan kedai makan terbabit selama 17 tahun menjelaskan bahawa Menu Sanusi itu adalah bukti terdapat makanan murah yang dijual kepada pelanggan.

Idea Menu Sanusi diperoleh daripada suaminya

Jelas wanita yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu lagi, idea untuk menukarkan nama Menu RM1 menjadi Menu Sanusi diperolehi daripada suaminya, Azizan Mahmud.

“Jadi, apabila orang teringat Menu Sanusi maka orang teringat bahawa dekat Kedah akan jual makanan murah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia dan suami berharap agar Menu Sanusi itu dapat memperkenalkan lagi negeri Kedah sekaligus dapat membantu orang ramai.

Berkongsi lanjut, Nur Ezzeanni memaklumkan dia dan 12 pekerjanya akan memasak antara 20 hingga 30 makanan termasuk Menu Sanusi di kedai terbabit.

Selain Menu Sanusi, terdapat pelbagai makanan lain dengan harga berpatutan

Selain Menu Sanusi, kedai itu juga menawarkan pelbagai jenis makanan lain pada harga yang berpatutan.

“Alhamdulillah, sambutan orang ramai terhadap menu RM1 memang sangat baik. Bayangkan, baru letak sahaja Menu Sanusi seperti mi kari dan tidak lama kemudian ia habis. Jadi, kami kerap menambah dan memasak lauk baharu.”

Pemilik kedai, Nur Ezzeanni

Menu Sanusi sebagai sedekah, tidak merugikan

Nur Ezzeanni juga memaklumkan dia tidak melihat Menu Sanusi yang dijual pada harga RM1 itu sebagai satu kerugian, sebaliknya sebagai satu bentuk sedekah kepada penduduk setempat.

“Tidak rugi sebaliknya masih beroleh keuntungan,malah sekurang-kurangnya kami dapat membantu penduduk yang kebanyakannya terdiri dari penoreh getah,” katanya.

Tambahnya, pelanggang yang datang juga boleh memilih beberapa jenis menu berharga RM1 di kedai mereka.

Bagi warga Kedah atau sesiapa yang berminat untuk datang mencuba Menu Sanusi ini, kedai yang bernama Anjung Selera Rasa Anakku ini terletak di Dataran Paktam Mi, Bukit Payong, Pokok Sena.

Anjung Selera Rasa Anakku ini beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 3 petang pada setiap hari Ahad sehingga Khamis.

P.S/ kan bagus kalau semua kedai makan di Kedah buat macam ini.

Video TikTok Menu Sanusi Viral

@__.angahhh

Membalas kepada @ct marissa puas hati menu sanusi👍padan dgn harga dia😁#fyp#foryoupage#menusanusi#mbsanusi

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull eSport
@__.angahhh

Membalas kepada @M 📍anjung selera rasa anakku,dataran paktam mi bukit payong pokok sena kedah#fyp#foryoupage#menusanusi

♬ bunyi asal – MUHAMMAD IKHWANUDDIN – MUHAMMAD IKHWANUDDIN
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.