fbpx
Now Reading
Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Khabar duka tersebut disahkan Setiuasaha Akhbar beliau, Syakirin Husnal menerusi satu kenyataan media.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 9.23 tadi (23 Julai 2023).

Khabar duka tersebut disahkan Setiuasaha Akhbar beliau, Syakirin Husnal menerusi satu kenyataan media.

“Dengan penuh dukacita dan pilu, adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Julai 2023 jam 9.23 malam.”

Jelas beliau lagi, jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

“Sehubungan dengan itu, pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini. Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di HSB.’

Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

Seorang sahabat yang setia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa duka di atas pemergian beliau.

Beliau menerusi satu ciapan di Twitter berkata, Allahyarham merupakan seorang sahabat yang setia selain kehilangannya begitu besar buat beliau dan keluarga.

“Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

“Berehatlah, sahabatku. Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” luah Anwar menerusi satu bebenang di Twitter.

Terdahulu arwah yang merupakan Timbalan Presiden AMANAH telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada Jumaat malam (21 Julai) untuk rawatan kecemasan akibat mual dan muntah-muntah sebelum disahakan mengalami pendarahan otak.

Beliau kemudian terus menjalani pembedahan pada keesokan harinya sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.