‘Dua Daripadanya Adalah Muslim’ – PU Syed Tegur Kumpulan Dolla Berpakaian Seksi

Baru-baru ini, kumpulan Dolla yang terkenal dengan lagu Watch Me Glow dan Make You Wanna telah melancarkan single terbarunya yang bertajuk Damelo.

Single ini merupakan buah tangan terbaru kumpulan yang terdiri daripada empat gadis tempatan sebagai hadiah buat peminat.

Video muzik lagu tersebut baru sahaja dilancarkan di Youtube pada 4 Ogos yang lalu dan telah menerima lebih 500 ribu tontonan di platform tersebut.

Namun, single terbaru kumpulan ini nyata mendapat perhatian ramai apabila video muzik (MV) berkenaan memaparkan penampilan seksi kesemua ahli kumpulan itu.

Terima DM Daripada Individu, Minta PU Syed Tegur Kumpulan Dolla

Ini dapat dibuktikan apabila pendakwah terkenal, PU Syed telah menerima mesej peribadi daripada seorang individu yang meminta dia untuk menegur ahli kumpulan berkenaan.

Individu tersebut menyatakan kerisauan apabila melihat penampilan terkini kumpulan tersebut yang dilihat semakin berani dengan hanya memakai pakaian seakan pakaian dalam.

Malah, apa yang merisaukan individu itu adalah video tersebut mendapat pujian daripada peminat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

Penampilan Dolla Melanggar Garis Panduan Pemakaian Khasnya Buat Islam

Menurut PU Syed, hasil pencariannya di Google mendapati dua daripada ahli kumpulan ini merupakan muslim.

Baginya, tindakan dua orang ahli kumpulan ini seolah-olah mencabul garis panduan pemakaian khususnya buat yang beragama Islam.

“Garis panduan pemakaian khasnya buat umat Islam di Malaysia sering dilanggari dan penguatkuasaan yang sangat lemah yang ‘mungkin’ berharap kepada hanya kepada laporan kepada pihak berkuasa.

“Apa yang menyedihkan peraturan dan undang-undang seolah-olah telah dibakul sampahkan, sedangkan setiap negeri mempunyai enakmen sendiri dalam isu pemakaian serta khasnya buat yang mencemarkan imej Islam,” tulisnya diruangan kapsyen.

Tidak Mampu Berbuat Apa-Apa, Hanya Mampu Mencegah Dalam Masyarakat

Tambah pendakwah itu lagi, pada masa ini apa yang mampu dibuat hanyalah mencegah perkara-perkara sebegini bagi mengelakkan masyarakat terus hanyut dalam dunia hiburan.

“Kami asatizah, tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan cuma hanya mampu mencegah masyarakat khasnya umat Islam dari terus hanyut dalam hiburan yang tidak kenal batas halal dan haram!

“Sedangkan pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan enakmen yang ada sering kali dilihat ‘dok rok cetong’ (tidak boleh harap) dalam menangani isu-isu seumpama ini,” tulis beliau lagi.

Ada Yang Sokong, Ada Yang Dakwa PU Syed Tidak Boleh Kawal Pandangan Mata

Ekoran daripada video teguran yang dimuat naik ini, rata-rata netizen menyokong tindakannya yang menegur penampilan kumpulan penyanyi tersebut.

Namun, ada juga yang menganggap PU Syed tidak dapat mengawal pandangan dan nafsu syahwat kerana bertindak sedemikian.

Respon PU Syed pula, ia merupakan satu tanggungjawab sebagai muslim untuk menegur kemungkaran.

“Menegur dan mencegah itu merupakan satu kefarduan,” katanya menerusi video terbaru yang dimuat naik.

Untuk info, kumpulan Dolla yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angle dan Syasya merupakan kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang mula mendapat perhatian di negara ini kerana nyanyian dan tarian mereka yang seakan-akan seperti penyanyi kumpulan Korea.

Sabronzo atau Wan Sabrina Rusli serta Norsyasya Afiqah atau lebih dikenali sebagai Syasya merupakan dua ahli kumpulan yang beragama Islam manakala dua yang lain iaitu Tabby dan Angle adalah bukan Muslim.

Baca Artikel Berkaitan: PU Syed Tak Gentar Disaman Baby Shima, Anggap Ujian Cegah Kemungkaran

Baca Artikel Berkaitan: “Jagalah Status Sebagai Agamawan” – Kerap Buat Konten Joget Dengan Isteri, PU Syed Tegur Dai Syed [Video]

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

25 mins ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

52 mins ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

4 hours ago