fbpx
Now Reading
PU Syed Tak Gentar Disaman Baby Shima, Anggap Ujian Cegah Kemungkaran

PU Syed Tak Gentar Disaman Baby Shima, Anggap Ujian Cegah Kemungkaran

Tuntutan saman yang dikemukan oleh Baby Syima terhadap PU Syed kerana didakwa memfitnah serta menuduh penyanyi tersebut tidak memahami soal halal dan haram penganjuran konsert.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media melaporkan penyanyi, Baby Shima yang telah mengemukakan saman kepada pendakwah bebas, PU Syed dan juga pemimpin PAS iaitu Abd Rahman Mat Noor.

Menurut Muhammad Noor Azfar Noor Azmi iaitu peguam yang mewakili penyanyi berkenaan, writ saman serta pernyataan tuntutan kepada kedua-dua individu berkenaan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan juga Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

Buat tuntutan saman fitnah dan kepalsuan berniat jahat

Jelasnya saman yang difailkan itu adalah kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicious falsehood), lapor Astro Awani.

Tuntutan berkenaan dipercayai dilakukan oleh Baby Shima apabila Abd Rahman mendakwa pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu ‘menjual agama’ disebabkan memakai tudung mengikut majlis tertentu sahaja.

Manakala PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak didakwa memfitnah dan menuduh penyanyi berkenaan tidak memahami soal halal dan haram tentang penganjuran sesebuah konsert.

PU Syed anggap saman dikemuka Baby Shima ujian dalam cegah kemungkaran

Susulan daripada tindakan saman itu, PU syed menyifatkan bahawa ia adalah satu ujian buatnya dalam mencegah kemungkaran di kalangan masyarakat di negara ini.

Katanya dia baru sahaja mengetahui perkara itu selepas mendapat panggilan dari wartawan yang menghubunginya.

“Saya pun baru tahu dari wartawan yang call tadi, tentang satu saman yang dinamakan terhadap saya oleh seorang artis. Bila saya google ini hasilnya.

“Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.

“Para anbiya dan salafuna soleh ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak!

“Kita diakhiri zaman ini, secebis dari itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka,” tulisnya di Instagram.

PU Syed tidak gentar

Pendakwah bebas itu turut menggunakan tanda pagar yang seperti mengambarkan dia tidak gentar dengan perkara tersebut iaitu #AdeAmbeTakut.

Melihat di ruangan komen, ada yang menyokong pendakwah itu dengan menyatakan berani kerana benar.

“Lawan tetap lawan ustaz, Allah bersama orang-orang yang benar”

“Tugas ustaz untuk menegur dah lepas, lepas ni biar Allah SWT yang tegur pula. Dekat dunia ni dia boleh berlagak lah”

“Jangan patah semangat ustaz, kami doakan ustaz”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.