fbpx
Now Reading
“Padan Muka” – Tak Menang Anugerah & Terpalit Isu Ciplak, Baby Shima Minta Zhiddin Jaga Tepi Kain Sendiri [Video]

“Padan Muka” – Tak Menang Anugerah & Terpalit Isu Ciplak, Baby Shima Minta Zhiddin Jaga Tepi Kain Sendiri [Video]

Baby Shima turut memberi gambaran seolah-olah bersetuju Zhiddin tidak memenangi anugerah di APBN 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai influencer sastera, Zhiddin Aziz yang kecewa apabila kemenangannya dalam salah satu kategori Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 dibatalkan pada saat akhir.

Malah isu itu terus menjadi hangat apabila ia turut dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sehingga Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Adam Adli tampil menjelaskan perkara tersebut.

Belum lagi sempat menarik nafas berhubung isu APBN, namanya sekali lagi menjadi bualan apabila terdapat penulis yang mendakwa influencer berkenaan telah menciplak teks pidato yang diciptanya bersama juara pemidato dunia pada tahun 2011.

Baca artikel berkaitan: Penulis Dakwa Karya Teks Pidato Juara Dunia ‘Diciduk’ Zhiddin Aziz [Video]

Baby Shima ucap padan muka, minta jangan sibuk hal orang lain

Isu mengenai Zhiddin yang didakwa menciplak karya penulis itu turut menarik perhatian penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima apabila dia dilihat memberi komentar berhubung perkara itu di Instagram Story miliknya.

Menerusi hantaran tersebut Baby Shima atau nama penuhnya Nor Ashima seolah-olah bersetuju Zhiddin tidak memenangi apa-apa anugerah di APBN 2023.

“Dahlah menangis tak dapat anugerah.. lepastu menciplak karya orang pula tu.. Katanya ada harga diri, meniru karya orang tu ada harga diri ke.. Macam tu ke influencer?

“Patutlah tak boleh menang anugerah,” tulisnya.

Beri peringatan jangan sampai kain sendiri terselak

Malah dia dalam masa sama turut meminta agar influencer yang juga anak kepada personaliti televisyen arwah Aziz Desa itu untuk tidak sibuk menjaga hal orang lain.

“Lain kali jangan sibuk hal orang.. padan muka. Orang tak kacau kau.. nak sibuk sangat kacau Shima.. Terpaling ikon.

“Jangan asyik suka buat konten tentang hal orang lain dan jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak,” jelasnya lagi.

Dalam satu lagi hantaran, Baby Shima turut meletakkan kata-kata mutiara dipercayai daripada Ustaz Azhar Idrus yang meminta orang ramai untuk jangan sibuk menjaga hal orang lain.

Dipercayai apa yang diluahkan oleh penyanyi berusia 31 tahun itu ekoran influencer terbabit didakwa pernah penggunaan tatabahasa dan ayat digunakan oleh Baby Shima di dalam hantarannya.

Namun menerusi TikTok, Baby Shima dilihat meninggalkan kapsyen dengan nada yang lebih tenang apabila mendoakan agar influencer itu akan memenangi anugerah yang didambakannya di masa akan datang.

Dia bagaimanapun dengan nada sindiran meminta Zhiddin untuk tidak masuk campur dengan urusan orang lain seperti yang dilakukan terhadapnya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.