fbpx

Didakwa Sondol Bekas Teman Lelaki ‘BFF’, Cupcake Aisyah Tampil Beri Penjelasan

Aisyah mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada ‘rakan baiknya’ sekali lagi secara terbuka kera isu tersebut telah menjejaskan persahabatan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial apabila ramai yang mendakwa YouTuber dan influencer, Cupcake Aisyah adalah penyondol kepada rakan baiknya iaitu anak kepada Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Perkara itu mula tercetus selepas Leona memuat naik sebuah video yang memberi gambaran hatinya retak sebaik mengetahui bekas kekasih mempunyai hubungan dengan rakan baik sendiri selepas berpisah.

Namun Leona yang juga influencer itu menerusi Telegram Leonation enggan mengesahkan siapakah ‘rakan baik’ yang dimaksudkannya secara lebih terperinci. Malah menyatakan sebelum ini dia terpaksa memendam rasa sakit hati selepas ada pihak yang memberikan andaian buruk terhadapnya kerana tidak lagi berkawan dengan rakan baiknya itu.

Baca artikel berkaitan: Netizen Dakwa Cupcake Aisyah ‘Sondol’ Bekas Kekasih Kawan Baik Sendiri? Ini Respon Leona

Cupcake Aisyah tampil beri penjelasan berhubung dakwaan ‘sondol’ bekas kekasih rakan baik

Sedar nama dipetik hingga menjadi bualan hangat, Cupcake Aisyah tampil membuat penjelasan bagi menjawab segala dakwaan yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dilaman X (Twitter), Cupcake Aisyah berkata dia ingin menjelaskan beberapa perkara yang sedang menjadi bualan ramai hingga ada yang menyerang ahli keluarganya.

Menurut pelakon ‘My Famous Ex-Boyfriend’ itu, dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki berkenaan seperti yang digembar-gemburkan dan bertemu dengannya pada awal 2022 menerusi hubungan ‘rakannya’ itu.

“Kami bertiga menjadi kawan baik yang menyokong antara satu sama lain di dalam perniagaan, media sosial, serta kehidupan secara umum. Tetapi saya ingin menjelaskan di sini saya tidak pernah mempunyai sebarang niat sepanjang hubungan mereka.

“Selepas berpisah, mereka berdua datang secara individu kepada saya untuk meluahkan perasaan dan saya hanya cuba yang terbaik sebagai seorang rakan kepada keduanya. Namun adalah mudah untuk orang lain menganggap saya akan menyebelahi sebelah pihak,” katanya.

Hanya berkawan dengan bekas kekasih rakan demi menghormatinya

Jelas Aisyah lagi, dia menghormati hubungan mereka berdua namun menyifatkan dia ada untuk kedua-duanya.

Katanya pada Disember 2022, dia turut berdepan dengan rakan baiknya itu untuk bercakap mengenai situasi yang berlaku ketika rakannya itu pulang ke Kuala Lumpur .

“Dia memberitahu dia tidak selesa dengan situasi itu. Oleh itu untuk menghormati persahabatan saya dengannya, saya memilih untuk berhenti selain mempunyai hubungan sebagai kawan dengan lelaki berkenaan.

“Merujuk kepada video Rolex, ia diambil di luar konteks dan saya akui ia sesuatu yang tidak sopan. Tetapi saya ingin menjelaskan beberapa perkara. Pertama jam Rolex itu dibeli oleh saya sendiri. Memiliki jam tersebut sudah menjadi salah satu impian dan dia (lelaki tersebut) mempunyai kenalaan untuk menjadikan impian saya sebagai kenyataan.”

Kehadiran lelaki ke rumah kerana teruja untuk lihat jam tangan jenama mewah yang dibelinya sendiri

Tambah Aisyah lagi kehadiran lelaki berkenaan ke rumahnya hanya kerana dia begitu teruja untuk melihat jam tersebut dan lelaki berkenaan menghantarnya ke rumah sebaik berjaya mendapatkannya.

Namun perkara itu telah menimbulkan salah faham kerana pada ketika itu lelaki berkenaan sedang menjalinkan hubungan dengan rakannya.

Mengulas lanjut, ketika pertemuan tersebut semua ahli keluarganya turut berada bersama seperti yang dipaparkan di dalam video.

Dia juga menyifatkan dia tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi sebaliknya tindakan meminta lelaki berkenaan membantunya memakai jam berkenaan kerana dia tidak memiliki jam semewah itu atau yang seangkatan dengannya.

“Tidak pasti apa lagi perkara yang perlu dijelaskan mengenai perkara itu, tetapi tidak semua yang anda lihat mempunyai maksud lain disebaliknya.

“Dari segi klip reaksi, saya ingin menjeleskan dia tidak mengetahui mengenai aturan yang dibuat kerana konsep video itu adalah memberi kejutan kepada rakan dan keluarga mengenai jam tangan itu.

“Individu yang mengetahui tentang pembelian jam tersebut adalah ibu bapa saya dan dia (lelaki terbabit). Akhirnya nanti, adalah penting untuk semua mengetahui bahawa video di YouTube hanya sesuatu yang berada di tahap permukaan (surface) dan merupakan versi ringkas mengenai apa yang berlaku pada hari saya dan gambaran hubungan saya dengan orang lain,” jelasnya lagi.

Isu sudah berlaku selama setahun lebih

Aisyah dalam masa sama menyatakan perkara itu telah berlaku lebih setahun lalu dan apabila direnungkan semula dia mengakui kesalahannya dan meminta maaf sekali lagi namun kali ini secara terbuka.

“Saya minta maaf kerana ini menjejaskan persahabatan kita tetapi saya harap semua orang boleh bergerak ke depan daripada perkara ini.

“Oleh itu, meskipun terbabit dalam perkara ini tetapi saya kuat merasakan beberapa perkara yang dilemparkan di media sosial adalah sesuatu yang tidak adil dan luar daripada konteks terutama apabila membabitkan keluarga saya.

“Saya tahu ia hanya sekadar gosip dan menjadi perhatian orang awam dalam menangani kritikan yang berterusan ini, tetapi saya tidak akan sekali-kali membenarkan penyebaran kebencian. Terima kasih kepada yang secara peribadi telah menghubungi saya sebelum membuat sebarang andaian,” ujar Aisyah.

Dia juga berharap ini adalah kali terakhir dia perlu menjelaskan situasi ini dan boleh mengendalikan isu peribadi secara sendiri di masa akan datang.

Malah Aisyah turut berharap diberikan peluang untuk berkembang sebagai seorang manusia dan juga pencipta kandungan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.