fbpx
Now Reading
Netizen Dakwa Cupcake Aisyah ‘Sondol’ Bekas Kekasih Kawan Baik Sendiri? Ini Respon Leona

Netizen Dakwa Cupcake Aisyah ‘Sondol’ Bekas Kekasih Kawan Baik Sendiri? Ini Respon Leona

Meskipun Leona tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen tetap memetik nama Cupcake Aisyah memandangkan mereka pernah berkawan baik sebelum ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, nama influencer wanita, Cupcake Aisyah menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia didakwa menjadi ‘penyondol’ kepada bekas kekasih rakan baiknya sendiri iaitu Kasih Iris Leona.

Segala tuduhan itu mula dilemparkan oleh netizen selepas Leona yang juga selebriti media sosial memuat naik video di akaun TikTok (@leonsmeonss) tentang keadaan hatinya selepas mengetahui seorang rakan baik sendiri mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selepas berpisah.

Leona juga mendedahkan situasi tersebut menyebabkan dia berasa trauma pada tahun lalu.

@leonsmeonss

my 2023 trauma 😍😍😍❤️ i am over it tho so dont worry i can joke about it now 🥰

♬ Originalton – 𓁹

Meskipun Leona yang berusia 22 tahun itu tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen tetap memetik nama Cupcake Aisyah memandangkan mereka pernah berkawan baik sebelum ini.

Leona dalam keadaan baik, lebih setahun pendam rasa

Terbaharu, Leona menyatakan dirinya berada dalam keadaan baik selepas lebih setahun memedam rasa mengenai hal terbabit.

Menerusi hantaran di grup Telegram Leonation, Leona yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata dia tidak mahu mengesahkan atau menafikan siapa individu terbabit, selain berharap tidak ada lagi pertanyaan mengenai hubungan persahabatan di antara mereka berdua lagi.

“Saya baik-baik saja. Saya telah menyimpannya sendiri selama lebih dari setahun. Dan sekarang saya berada dalam keadaan baik saja. Saya hanya ingin melepaskannya kerana ia telah lama bermain di fikiran saya,” katanya.

Leona pedam rasa sakit hati selepas ada individu buat andaian buruk terhadapnya

Menurut Leona lagi, sebelum ini dia terpaksa memendam perasaan sakit hati apabila ada pihak membuat andaian buruk mengenai dirinya selepas tidak lagi berkawan dengan bekas ‘BFF’ itu

“Kerana tahun lepas sangat menyakitkan apabila orang membuat andaian buruk mengenai saya tentang mengapa ‘kita’ tidak lagi berkawan baik.

“Saya bersyukur untuk semua perkara yang dia lakukan kepada saya tetapi jelas, sukar untuk kami kembali seperti dahulu. Jadi saya harap anda semua faham,” katanya.

Malah dia kini berasa lebih tenang selepas meluahkan segalanya dan berharap tahun ini agar menjadi tahun yang lebih baik buat dirinya.

Ibu Aisyah tampil mempertahankan anaknya daripada terus dikecam netizen

Sebelum ini, ibu kepada Aisyah turut memberi kenyataan susulan dakwaan orang ramai terhadap anaknya itu.

Jelasnya, orang ramai sepatutnya mendengar penjelasan daripada dua belah pihak dan tidak membuat sebarang tuduhan hanya daripada sebelah pihak.

Dia turut menyatakan, bahawa dirinya bukanlah ingin menyebelahi Aisyah, sebaliknya tahu setiap perkara yang dilakukan anak perempuannya itu dan bersama siapa dia berkawan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.