Lawak! Gelagat Isteri Kacau Suami Melatah, Buat Ramai Terhibur [Video]

Sebut sahaja perkataan melatah, pasti akan terbayang individu yang bertindak di luar kawalan dan bercakap secara tiba-tiba.

Lazimnya, melatah terjadi apabila seseorang itu mengeluarkan perkatan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat.

Kadang kala, apabila individu melatah ini memberi respon secara berlebihan tanpa sedar ia boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Namun, orang yang suka melatah ini sebenarnya boleh membuatkan kita terhibur dengan tingkah laku dan tindakan mereka. Oleh sebab itu, sesetengah orang gemar mengusik individu sebegini.

Isteri Kacau Suami Melatah Ketika Beli Makanan Secara Pandu Lalu

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok @zielabasah, kelihatan dia dan suaminya sedang berada di stesen pandu lalu (drive thru) McDonald’s untuk membeli aiskrim.

Namun, aiskrim yang diminta telah kehabisan stok. Ketika suaminya sedang berbual dengan pekerja restoran, kelihatan Ziela mencucuk pinggang suaminya.

Tindakan itu menyebabkan suaminya melatah dan memberi respon yang menghiburkan.

“Tak de stok order lah cepat,” kata suaminya secara tiba-tiba kepada pekerja itu selepas pinggangnya dicucuk oleh Ziela.

Namun, suaminya bertindak memarahi Ziela kerana rasa bersalah dan risau pekerja tersebut menganggap dia memarahi pekerja itu.

“Ehh tak payah kacau oranglah,” kata suaminya lagi kepada wanita itu.

Tidak mengendahkan larangan suami, wanita itu sekali lagi mencucuk pinggang suaminya sehingga menyebabkan lelaki itu dilihat seolah-olah memarahi pekerja berkenaan.

Walau bagaimanapun, wanita itu meyakinkan suaminya bahawa pekerja restoran makanan segera itu turut terhibur dengan tingkah laku suaminya.

“Tengok dia pun gelak,” kata wanita itu sambil menunjukkan kepada pekerja di kaunter pembayaran.

Mohon Maaf Kepada Pekerja

Menerusi video yang telah mendapat lebih dua juta tontonan itu, kelihatan lelaki berkenaan memohon maaf kepada kedua-dua pekerja tersebut kerana perbuatan dan kata-katanya.

Namun, kelihatan pekerja berkenaan masih mentertawakan lelaki tersebut dan memahami apa yang terjadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perbuatan melatah lelaki tersebut sehinggakan ada yang berulang-kali memainkan semula video yang dikongsikan.

Malah, ada segelintir daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kerana bagi mereka apa yang disebutkan oleh lelaki berkenaan mewakili luahan hati sesetengah individu kepada restoran makanan segera itu.

Keras Perut Aku Gelak, Aku Yang Dengar Pun Letih

Ayat Melatah Tu Sebenarnya Mesti Ayat Dalam Hatikan

Keluar Terus Isi Hati Terpendam Bila Tiada Stok

Kesian Betul Pekerja, Mesti Ingat Kena Marah Rupanya Abang Melatah

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mengadu Sijil Degree Dirosakkan Kucing, Tapi Respon Netizen Lawak Habis

Baca Artikel Berkaitan: Kreatif & Lawak Habis! ‘Iklan’ Adabi Versi Grup K-Pop, Stray Kids Buat Netizen Terhibur [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago