“Selalu Elok Je” – Pemandu Wanita Tak Mengaku Silap Berhenti Di Lorong Salah Undang Kecaman Ramai [Video]

Tidak dinafikan, terdapat pelbagai ragam pemandu dan penunggang jalan raya di Malaysia.

Meskipun kebanyakan pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta memandu dengan hemah, tetapi ada juga segelintir yang tidak mengikuti seperti melanggarnya serta memandu secara berbahaya.

Lebih mengecewakan lagi apabila ada segelintir pemandu atau penunggang yang sanggup bergaduh kerana tidak mengakui kesilapan yang dilakukan sendiri.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Macam Samseng! Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Buat Ramai Berang [Video]

Kereta ingin belok kanan, berhenti di lorong salah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta berada di lorong yang salah semasa berhenti di hadapan lampu isyarat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @baniadam926, kelihatan seorang pemandu wanita berhenti di persimpangan lampu isyarat dipercayai hendak masuk ke simpang di sebelah kanan.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan jalan itu mempunyai tiga lorong di mana laluan kiri dan tengah adalah untuk kenderaan yang ingin bergerak ke hadapan manakala lorong kanan pula bagi kenderaan yang ingin membelok.

Nak belok kanan, tapi duduk lorong tengah

Pun begitu, pemandu berkenaan tidak berhenti di lorong kanan sebaliknya berada di laluan tengah di mana jalan itu sebenarnya untuk pengguna yang mahu bergerak terus.

Tindakannya itu berhenti di lorong tengah menyebabkan beberapa kenderaan lain di belakangnya tidak dapat bergerak serta terpaksa memasuki laluan di sebelah kiri.

Perbuatannya itu menyebabkan beberapa kenderaan lain juga membunyikan hon selain kedengaran seorang pemandu yang memarahi wanita itu.

Pemandu wanita tak mengaku salah

Menariknya, dia cuba ‘menegakkan benang yang basah’ apabila enggan mengakui kesilapan dirinya berada di laluan yang salah, walhal jelas anak panah menunjukan laluan itu untuk kenderaan yang ingin terus.

“Kenapa pula? Memang laluan ni boleh ke sini kan? Kenapa hari ini jadi macam ni, selalunya elok je duduk kat sini, aku lalu jalan ini dah setahun lebih takda masalah pun,” kata pemandu wanita itu.

Ramai kecam pemandu wanita sangka diri betul walhal salah

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam pemandu wanita itu kerana berada di lorong yang salah selain enggan mengakui kesilapan dirinya.

Netizen juga meminta agar pemandu wanita terbabit membaca semula buku Kurikulum Pendidikan Memandu (KPP01) serta memahami Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Malah ada warganet yang berseloroh menyifatkan pemandu wanita tidak pernah salah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago