fbpx
Now Reading
Mulanya Macam Nak Bergaduh, Kuasa ‘Minta Maaf’ Lembutkan Hati Dua Pengguna Jalan Raya [Video]

Mulanya Macam Nak Bergaduh, Kuasa ‘Minta Maaf’ Lembutkan Hati Dua Pengguna Jalan Raya [Video]

Kedengaran penunggang motorsikal itu yang tiba-tiba melintas dan berhenti seketika nyata mengundang kemarahan pemandu kereta berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai individu yang menggunakan kemudahan seperti jalan raya, pasti anda sering kali menemui pelbagai ragam pengguna yang lain.

Kadang-kala, sikap sesetengah pengguna yang mementingkan diri serta cuai boleh mendatangkan kecelakaan dan kemalangan.

Malah, sikap mementingkan diri juga boleh membawa kepada pergaduhan sekiranya kedua-dua pihak tidak saling bertolak ansur dan hanya memikirkan tentang diri masing-masing.

Motorsikal Tiba-Tiba Melintas & Berhenti Ketika Lampu Isyarat Hijau

Begitu juga yang terjadi dengan dua orang pengguna jalan raya yang pada mulanya dilihat saling berlawan mulut.

Menerusi video rakaman dashcam yang dikongsikan di Twitter @ciraplaici, detik kejadian bermula apabila sebuah motosikal melintas di hadapan sebuah kereta.

Ketika itu, kereta berkenaan sedang mula bergerak kerana lampu isyarat telah bertukar menjadi hijau.

Namun, tindakan penunggang motor yang tiba-tiba melintas dan berhenti seketika nyata mengundang kemarahan pemandu kereta berkenaan.

Ini kerana dia ketika itu turut membawa anak kecil dipercayai bayi dalam keretanya.

Ekoran daripada kejadian itu, pemandu kereta berkenaan bertindak membunyikan hon dan mengejar motosikal terbabit.

Ada Anak Kecil Di Dalam Kereta

Pada peringkat permulaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal dilihat saling memaki dan menggunakan kata-kata kesat antara satu sama lain.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah respon yang diberikan oleh penunggang motosikal itu setelah menyedari terdapat kanak-kanak kecil di dalam kereta itu.

Penunggang motosikal itu mula tenang dan dilihat berulang kali menyebut perkataan maaf kepada pemandu kereta berkenaan.

“Aku bagi signal la bang. Aku minta maaf abang,” kata pemilik motosikal itu.

“Kau dah buat salah tau. Ada anak aku, kalau aku je, aku takkan marah kau,” kata pemandu kereta itu.

Akibat daripada respon yang diberikan oleh penunggang motosikal itu, pemilik kereta juga tidak lagi berada dalam keadaan marah.

Penunggang motosikal berulang kali mengaku kesalahannya dan turut meminta pemandu kereta berkenaan agar berhati-hati.

“Okay abang, sorry abang, sorry banyak-banyak. Abang hati-hati memandu,” ujar pemilik motosikal itu.

Diakhir video tersebut, pemandu kereta itu juga sempat menitipkan nasihat yang sama buat pemilik motosikal itu.

“Janganlah bawa motor macam tu, sebab dah hijau. Boleh lintas tapi tengoklah kereta dulu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tingkah laku kedua-dua pemandu berkenaan. Kebanyakan antara mereka tidak percaya dengan pengakhiran insiden tersebut.

Namun, ada juga segelintir yang menganggap pemandu kereta itu mempunyai sikap panas baran walaupun bagi mereka perkara itu bukan isu yang besar dan ada juga yang turut memuji penunggang motosikal itu yang menjadi tenang sebaik menyedari ada kewujudan anak kecil.

Pengakhiran Kelakar, Mula Macam Nak Bertumbuk, Lepas Tu Berbaik Hujung-Hujung

Perkatan Paling Power Dalam Dunia Ini Ada Dua Je, ‘Maaf’ & ‘Terima Kasih’

Over Driver Ni. Hon Sekali Sudah La, Kau Yang Start Maki Hamun Lepas Tu Guna Alasan Anak

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Usap2 Dan Tepuk Bahu, Rider Foodpanda Digelar Hero Selepas Damaikan 2 Lelaki Bergaduh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup Pemandu Proton Saga Tunjuk Lagak Samseng Di Pulau Pinang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.