fbpx
Now Reading
Hanya Usap2 Dan Tepuk Bahu, Rider Foodpanda Digelar Hero Selepas Damaikan 2 Lelaki Bergaduh [Video]

Hanya Usap2 Dan Tepuk Bahu, Rider Foodpanda Digelar Hero Selepas Damaikan 2 Lelaki Bergaduh [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat rider makanan khususnya Foodpanda seolah berada di mana sahaja. Malah ianya dibuktikan dengan kehadiran mereka dalam hampir semua insiden tular yang berlaku di jalan raya.

Malah selamat untuk kami katakan golongan ini pasti menjadi antara individu terawal yang akan membantu jika berlaku apa-apa perkara di atas jalan raya.

Terbaru tular di aplikasi TikTok satu video memperlihatkan seorang rider Foodpanda berjaya meleraikan suasana tegang diantara 2 pengguna jalanraya yang sedang bertegang urat.

Menerusi video yang dimuat naik @heypej4l itu dia individu berkenaan iaitu seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal pada mulanya sedang berbalah di tepi sebuah jalan.

Difahamkan ianya berlakuselepas salah seorang dari mereka telah bertindak melanggar lampu isyarat hingga menimbulkan kemarahan seorang lagi.

Tidak lama kemudiannya, rider berkenaan yang mungkin kebetulan lalu dijalan berkenaan terus berhenti dan menghampiri kedua mereka.

Salute!

@heypej4l

Salute ##fyp ##foryourpage ##trending

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Menyedari kedua-dua sedang ‘panas’ dia kemudia bertindak meredakan keadaan dengan mengusap bahu penunggang motosikal berkenaan untuk beberapa saat sehinggalah dia kelihatan tenang.

Dia turut berbuat perkara sama kepada pemandu kereta berkenaan sehingga dia berundur sama..

Mesipun mereka masih lagi bertegang urat dari jarak jauh, usaha rider Foodpanda itu dilihat berhasil apabila masing-masing menghampiri kenderaaan masing-masing tanpa sebarang aksi lebih serius sebelum video tersebut ditamatkan.

Para netizen nyata memuji tindakan pantas rider untuk meredakan keadaaan. Ramai juga yang mengelarnya hero kerana berjaya mengelakkan sebarang kejadian serius.

Berikut antara komen menarik yang dikongsikan netizen.

U are the hero

Syurga buat sesiapa yang mendamaikan 2 pihak bergaduh

Aku syak dia baca ayat penenang hati

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.