fbpx
Now Reading
2 Beranak Naik Motosikal Terhumban Ke Atas Jalan Selepas Dirempuh Bas [Video]

2 Beranak Naik Motosikal Terhumban Ke Atas Jalan Selepas Dirempuh Bas [Video]

Pemandu bas berkenaan cuba mengelak daripada merempuh dua beranak yang menaiki motosikal di Jalan Kuantan-Pekan namun gagal kerana jarak yang terlalu dekat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal bersama anaknya tercampak ke jalan raya selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan dipercayai bas.

Menerusi video yang tular, kelihatan motosikal yang ditunggang wanita berkenaan telah dirempuh dari arah belakang sebelum dia tercampak ke jalan raya.

Dua beranak alami kecederaan, didakwa keluar simpang dan terus masuk ke lorong kanan laluan bas

Insiden yang berlaku di Jalan Kuantan-Pekan, Pahang itu menyebabkan wanita bersama anaknya yang berusia lima tahun mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu insiden dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang wanita berkenaan didakwa bertindak keluar dari simpang kiri dan terus memasuki lorong kanan laluan bas berkenaan sehingga menyebabkan dia kemudiannya dilanggar.

Ketika kejadian insiden bas terbabit tidak mempunyai penumpang dan dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun dari Terengganu menghala ke Johor.

Pemandu bas cuba elak langgar motosikal, namun gagal kerana jarak terlalu dekat

“Setiba di lokasi kejadian, ketika bas itu bergerak lurus di lorong kanan, motosikal terbabit dikatakan tiba-tiba keluar dari simpang kiri dan terus bertukar ke lorong kanan laluan bas berkenaan.

“Pemandu bas dikatakan cuba mengelak tetapi disebabkan jarak terlalu dekat bas itu melanggar motosikal terbabit.

“Akibat kemalangan itu, wanita berusia 43 tahun yang menunggang motosikal terbabit bersama anak lelakinya mengalami kecederaan. Dua beranak itu kemudian dibawa jentera pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut,” jelasnya lapor Berita Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.