Tidak dinafikan kerja kahwin memerlukan banyak persediaan seperti kenduri, baju, barang hantaran dan sebagainya.
Apa yang lebih menarik setiap kali melakukan hal kerja kahwin ini sudah tentu pelbagai tema akan dibuat mengikut pilihan bakal pengantin.
Baru-baru ini, tular satu video luahan seorang peniaga yang merupakan pengubah hantaran yang rasa kecewa apabila didakwa telah merosakkan sepasang kasut jenama mewah milik pelanggannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Yuna Zalee memaparkan tangkap layar perbualannya bersama dengan pelanggan.
Awalnya pelanggan tersebut menunjukkan gambar kasut tumit tinggi jenama Christian Dior telah rosak kerana dilekatkan di atas dulang hantaran semasa perkahwinannya berlangsung.
Yuna kemudian memaklumkan kepada pelanggan terbabit bahawa pelekat di kasut berkenaan boleh dicabut namun perlu dilakukan secara perlahan-lahan.
“Saya cuba letak kasut tak nak gam, tapi bimbang ia akan terbalik ketika dulang dibawa nanti. Sebab itu saya letak ‘double tape’ dekat tapak kasut tu.
“Saya minta maaf, saya tak perasan kasut tu boleh jadi macam tu sebab malam tu saya dah cuba letak dahulu,” ujarnya kepada pelanggan terbabit.
Enggan isu terbabit berlanjutan, dia kemudian meminta nombor akaun pelanggan tersebut untuk membayar ganti rugi meskipun kisah itu sudah menjadi viral oleh pelanggan berkenaan.
Yuna lalu membayar sebanyak RM4,900 kepada pelanggan berkenaan dan meminta agar namanya untuk dibersihkan. Katanya jika ia tidak dilakukan dia akan membuat laporan berhubung kes tersebut kerana telah memburukkan namanya.
Malah menurutnya dia telah berikan apa yang dimahukan oleh pelanggan tersebut selain turut menjalankan tugas dengan baik.
Yuna kemudian meminta agar kasut itu dipulangkan kepadanya memandangkan dia telah membayar ganti rugi bagi barangan tersebut.
Pelanggan itu mendakwa bahawa beberapa kotak barangan untuk hantarannya turut rosak dan meminta agar Yuna untuk mengambil sendiri kesemua dulang hantaran itu sendiri.
Dia lalu meminta agar resit pembelian kasut itu diberikan sebagai bukti bahawa barangan itu adalah asli daripada jenama terbabit, si pelanggan bagaimanapun enggan memberikan resit berkenaan.
“Kita minta resit untuk bukti barangan adalah asli, itu sahaja. Bukan nak buat apa-apa pun.
“Kalau awak tak nak bagi macam mana saya nak tahu kasut ni betul-betul original item. Saya dah pulangkan duit mestilah nak resit yang betul untuk confirmkan harga.
“Saya bagi masa malam ni, kalau awak tak bagi resit kita akan buat laporan,” ujarnya lagi.
Dalam satu lagi video, Yuna menjelaskan dia mempunyai segala bukti berhubung perkara itu.
Sementara itu, Yuna turut menjual semula kasut berkenaan jika ada individu yang berminat untuk membelinya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta Yuna untuk mengambil kasut tersebut selain memintanya untuk membuat laporan polis berhubung kes itu.
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…