fbpx
Now Reading
Dakwa Kasut Dior Rosak Terkena Pelekat, Pelanggan Minta Ganti Rugi RM4,900 Daripada Peniaga [Video]

Dakwa Kasut Dior Rosak Terkena Pelekat, Pelanggan Minta Ganti Rugi RM4,900 Daripada Peniaga [Video]

Menurut Yuna, dia telah membuat bayaran bagi kasut tersebut namun pelanggan berkenaan tidak mahu memberikan resit bukti pembelian kasut berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kerja kahwin memerlukan banyak persediaan seperti kenduri, baju, barang hantaran dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik setiap kali melakukan hal kerja kahwin ini sudah tentu pelbagai tema akan dibuat mengikut pilihan bakal pengantin.

Didakwa rosakkan kasut jenama mewah milik pelanggan

Baru-baru ini, tular satu video luahan seorang peniaga yang merupakan pengubah hantaran yang rasa kecewa apabila didakwa telah merosakkan sepasang kasut jenama mewah milik pelanggannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yuna Zalee memaparkan tangkap layar perbualannya bersama dengan pelanggan.

Awalnya pelanggan tersebut menunjukkan gambar kasut tumit tinggi jenama Christian Dior telah rosak kerana dilekatkan di atas dulang hantaran semasa perkahwinannya berlangsung.

Yuna kemudian memaklumkan kepada pelanggan terbabit bahawa pelekat di kasut berkenaan boleh dicabut namun perlu dilakukan secara perlahan-lahan.

“Saya cuba letak kasut tak nak gam, tapi bimbang ia akan terbalik ketika dulang dibawa nanti. Sebab itu saya letak ‘double tape’ dekat tapak kasut tu.

“Saya minta maaf, saya tak perasan kasut tu boleh jadi macam tu sebab malam tu saya dah cuba letak dahulu,” ujarnya kepada pelanggan terbabit.

Pulangkan semula duit pelanggan dan minta nama dibersihkan

Enggan isu terbabit berlanjutan, dia kemudian meminta nombor akaun pelanggan tersebut untuk membayar ganti rugi meskipun kisah itu sudah menjadi viral oleh pelanggan berkenaan.

Yuna lalu membayar sebanyak RM4,900 kepada pelanggan berkenaan dan meminta agar namanya untuk dibersihkan. Katanya jika ia tidak dilakukan dia akan membuat laporan berhubung kes tersebut kerana telah memburukkan namanya.

Malah menurutnya dia telah berikan apa yang dimahukan oleh pelanggan tersebut selain turut menjalankan tugas dengan baik.

Minta kasut jenama dipulangkan kerana ganti rugi telah dibayar, turut minta resit tapi pelanggan tak nak bagi

Yuna kemudian meminta agar kasut itu dipulangkan kepadanya memandangkan dia telah membayar ganti rugi bagi barangan tersebut.

Pelanggan itu mendakwa bahawa beberapa kotak barangan untuk hantarannya turut rosak dan meminta agar Yuna untuk mengambil sendiri kesemua dulang hantaran itu sendiri.

Dia lalu meminta agar resit pembelian kasut itu diberikan sebagai bukti bahawa barangan itu adalah asli daripada jenama terbabit, si pelanggan bagaimanapun enggan memberikan resit berkenaan.

“Kita minta resit untuk bukti barangan adalah asli, itu sahaja. Bukan nak buat apa-apa pun.

“Kalau awak tak nak bagi macam mana saya nak tahu kasut ni betul-betul original item. Saya dah pulangkan duit mestilah nak resit yang betul untuk confirmkan harga.

“Saya bagi masa malam ni, kalau awak tak bagi resit kita akan buat laporan,” ujarnya lagi.

@yunazalee

Minta tlg gunakn kuasa viral anda semua 🙏🏻 Customer tak puas hati dengan servis kita sampai minta refund harga kasut bernilai almost 5k . Bila minta resit tak nk bg . Ujian apa yg allah cuba bagi ni ya ? 😔 #fyp #kenascamrupanya #fypviral

♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

Maklum ada bukti untuk kejadian tersebut dan jual semula kasut jenama

Dalam satu lagi video, Yuna menjelaskan dia mempunyai segala bukti berhubung perkara itu.

Sementara itu, Yuna turut menjual semula kasut berkenaan jika ada individu yang berminat untuk membelinya.

@yunazalee

Bukti semua ada … hati hancur Allah shj yg tahu . Kdg bila kita dh bg yg terbaik utk customer belum tentu rezeki kita akn dpt kebaikan yg sama jgk mcm kita buat . Aku redha ya allah ! 😔😭 Gambar yg lain tu hasil kita buat hantaran cantik2 utk dia …. 🥰 #fypシ゚viral #fypage #customerscam

♬ Relaku Mengalah – Rheka Restu

Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta Yuna untuk mengambil kasut tersebut selain memintanya untuk membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Sepatutnya minta resit dulu baru refund sis. Takut Dior Sh*** je RM89 dapat sekali kotak”

“Minta kotak banyak alasan, minta resit lagi banyak alasan. Jadi baik buat laporan polis risau kena scam”

“Awak ambillah kasut tu, tukar dengan RM4,900 tu suruh dia beli baru”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.