Baru-baru ini, tular satu video memaparkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang terkantoi ketika sedang mengendap seorang wanita di bilik air sebuah stesen minyak di jalan Kota menghala ke Johor Bharu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zaujatiaiman di Tiktok, kelihatan lelaki berkenaan telah mengekorinya sebelum cuba melarikan diri keluar dari tandas wanita tersebut.
Ujar Zaujatiaiman, awalnya dia dan suami telah berhenti di stesen minyak tersebut pada jam 8.40 pagi, 12 Ogos lalu untuk mengisi angin tayar di pam yang disediakan.
Wanita itu kemudian meminta suami untuk mengisi angin tayar berkenaan sementara dia pergi ke tandas.
“Saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori. Semasa hampir selesai membuang air kecil saya terdengar ada sesuatu yang terhempas,” katanya.
Dia kemudian segera bangun dan ketika memandang ke atas, kelihatan tangan dan juga telefon bimbit yang sedang merakam dirinya semasa berada di dalam tandas.
“Saya menjerit meminta pertolongan dan terus mengejar lelaki berkenaan, suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya telah pun membantu untuk menahan lelaki tersebut.
“Kerana panik lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang diambil di dalam toilet.
“Dalam keadaan marah saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya yang dia buat di dalam toilet tadi,” tulisnya.
Susulan kejadian itu suami kepada wanita berkenaan kemudian bertindak menghubungi pihak polis dan lelaki itu ditahan untuk siasatan.
Dia kemudian mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan berpesan kepada semua wanita untuk berhati-hati serta pastikan tandas awam tu betul-betul selamat sebelum digunakan.
“Adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan kepada lelaki di luar sana yang tidak mampu berfikiran dengan waras dan membuat kerja begini, hentikanlah!” jelasnya.
Zaujahtiaiman turut meminta agar video itu disebarkan agar ia menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Melihat di ruangan komen, ramai menyatakan mereka akan berhati-hati setiap kali menggunakan tandas awam dan tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan situasi sama.
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…