fbpx
Now Reading
Lelaki Kantoi Mengendap Wanita Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Rakam Guna Telefon Bimbit [Video]

Lelaki Kantoi Mengendap Wanita Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Rakam Guna Telefon Bimbit [Video]

Ekoran dari kejadian terbabit, suaminya kemudian bertindak menghubungi polis dan lelaki itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang terkantoi ketika sedang mengendap seorang wanita di bilik air sebuah stesen minyak di jalan Kota menghala ke Johor Bharu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zaujatiaiman di Tiktok, kelihatan lelaki berkenaan telah mengekorinya sebelum cuba melarikan diri keluar dari tandas wanita tersebut.

Berhenti di stesen minyak untuk isi angin tayar dan ingin ke tandas

Ujar Zaujatiaiman, awalnya dia dan suami telah berhenti di stesen minyak tersebut pada jam 8.40 pagi, 12 Ogos lalu untuk mengisi angin tayar di pam yang disediakan.

Wanita itu kemudian meminta suami untuk mengisi angin tayar berkenaan sementara dia pergi ke tandas.

“Saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori. Semasa hampir selesai membuang air kecil saya terdengar ada sesuatu yang terhempas,” katanya.

Lihat ada tangan sedang merakam guna telefon bimbit

Dia kemudian segera bangun dan ketika memandang ke atas, kelihatan tangan dan juga telefon bimbit yang sedang merakam dirinya semasa berada di dalam tandas.

“Saya menjerit meminta pertolongan dan terus mengejar lelaki berkenaan, suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya telah pun membantu untuk menahan lelaki tersebut.

“Kerana panik lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang diambil di dalam toilet.

“Dalam keadaan marah saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya yang dia buat di dalam toilet tadi,” tulisnya.

Lelaki kemudian ditahan untuk siasatan

@zaujatiaiman

Kejadian berlaku semasa sy hendak menggunakan toilet awam,selepas meletakkan kereta berhampiran dgn pam tayar,dan meminta suami utk tlg pam tayar,sy berjalan masuk ke dlm toilet tanpa menyedari yg sy sedang di ekori.semasa hampir selesai membuang air kecil sy terdengar ada sesuatu yg terhempas, kerana terkejut sy terus bangun dan memasang semula seluar dan apabila sy pandang ke atas sy terkejut melihat tangan berserta telefon bimbit sedang merakam sy,lalu sy menjerit meminta tlg dan terus keluar dr toilet apabila menyedari yg merakam tu adalah seorg lelaki,sy terus mengejar lelaki tersebut,suami dan org awam yg mendengar jeritan sy telah pun membantu sy utk menahan lelaki tersebut.kerana panic lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yg di ambil di dlm toilet tadi,dgn keadaan marah sy merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash’ dan di situlah sy mendapati ada video rakaman sy yg dia buat d dlm toilet tadi.suami sy telah pun menelefon pihak polis dan lelaki tersebut telah pun di tahan utk siasatan.terima kasih pada semua yg telah membantu,pesanan sy buat semua wanita,pastikan tandas awam tu betul² selamat baru gunakan,dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jgn berseorangan demi keselamatan.kepada lelaki d luar sana yg tidak mampu berfikiran dgn waras dan membuat kerja begini, hentikanlah‼️#beritatiktokviral #trendingnewsmalaysia #viral #fyp #fypシ #rakamancctv #rakaman #wanitamandiri

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Susulan kejadian itu suami kepada wanita berkenaan kemudian bertindak menghubungi pihak polis dan lelaki itu ditahan untuk siasatan.

Dia kemudian mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan berpesan kepada semua wanita untuk berhati-hati serta pastikan tandas awam tu betul-betul selamat sebelum digunakan.

“Adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan kepada lelaki di luar sana yang tidak mampu berfikiran dengan waras dan membuat kerja begini, hentikanlah!” jelasnya.

Zaujahtiaiman turut meminta agar video itu disebarkan agar ia menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Melihat di ruangan komen, ramai menyatakan mereka akan berhati-hati setiap kali menggunakan tandas awam dan tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan situasi sama.

“Aku kalau pergi toilet awam memang hati tak tenang memang akan selalu tengok atas saja. Risau pastu standby paip air kalau ada orang tinjau aku jirus terus”

“Saya pernah kena dekat toilet building office baru nak duduk nampak phone atas pintu. Terus saya kejar. Laju pula dia lari, gigil masa tu”

“sebab tu aku suka kunci pintu depan sekali, biarlah orang nak kata apa pun. Jnaji selamat lagi satu jadi fobia pulak aku rasa lepas ni nak pergi toilet awam”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.