Gara-Gara Samun RM2.27 Nak Mabuk, Peragut Di Indonesia Berdepan Hukuman Penjara 9 Tahun

Seorang lelaki di Indonesia berdepan dengan hukuman penjara selama sembilan tahun disebabkan tindakannya meragut beg tangan seorang kanak-kanak perempuan dan menyamun sebanyak Rp7.500 (RM2.27).

Menerusi video yang tular di media sosial Indonesia, peragut berkenaan melakukan tindakan jenayah itu dengan menggunakan motosikal pada waktu siang.

Peragut nampak kanak-kanak tolak basikal sebelum bertindak menyamunnya

Kemudian kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang menolak basikal sebelum peragut itu datang dan meragut beg tangannya.

Peragut itu kemudian segera melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di Taman Cibaduyut Indah, Kabupaten Bandung pada 9 Ogos lalu.

Polis berjaya tahan perakut, kanak-kanak alami kecederaan di leher

Ketua Polis tempatan, Oliestha Ageng Wicaksana berkata pihak berkuasa telah berjaya menahan peragut yang berusia 30 tahun terbabit selepas videonya tular di media sosial.

Ujarnya, disebabkan daripada tindakan peragut terbabit kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan di bahagian leher.

Malah polis turut melakukan tindakan susulan meskipun belum terdapat laporan yang dibuat.

“Kemudian keluarga mangsa membuat laporan di Polis Bandung. Pada hari yang sama anggota polis melakukan siasatan dan pada 13 Ogos jam 11 malam (waktu tempatan) kami berjaya menahan peragut terbabit,” katanya lapor Tribunnews.

Menyamun kerana perlukan duit untuk mabuk

Lelaki itu turut mengaku kepada pihak polis dia melakukan jenayah samun itu kerana memerlukan duit.

“Wang itu digunakan sebagai tambahan untuk mabuk. Jadi kita akan bertindak ke atas pelaku. Kita akan proses mengikut hukuman yang dikenakan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Artikel 365 berkaitan curi dengan kekerasan yang membawa hukuman penjara sembilan tahun.

“Hukuman maksimum penjara sembilan tahun. Wang dalam beg mangsa ketika itu berjumlah Rp7,500. Bagaimanapun, kita tidak akan fokus kepada jumlah wang, tetapi kepada kejadian yang menggangu dan menyebabkan kecederaan pada badan mangsa, jadi kami akan meneruskan mengikut undang-undang terpakai.”

Tambahnya, berdasarkan maklumat daripada orang ramai lelaki berkenaan sebelum ini pernah melakukan jenayah yang sam dan telah dipenjarakan selama satu tahun sembilan bulan.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

15 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

15 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

16 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

17 hours ago