Buat Ancaman Bom Palsu Dalam Penerbangan MH122, Lelaki Australia Didakwa

Seorang lelaki di Australia didakwa pada Selasa (15 Ogos) kerana melakukan ancaman bom palsu ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines sehingga mencetuskan suasana panik terhadap penumpang lain.

Pesawat MH122 dalam penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur itu sebelum ini terpaksa berpatah balik pada tengah hari kelmarin (14 Ogos) apabila seorang lelaki mendakwa dia mempunyai ‘bahan letupan’ di dalam begnya.

MH122 yang membawa 199 penumpang dan 12 anak kapal itu dikatakan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada pukul 1 petang waktu tempatan.

MH122 terpaksa mendarat semula selepas 2 jam penerbangan

Pun begitu ketika di udara, komander penerbangan membuat keputusan agar pesawat itu berpatah balik sebelum mendarat semula di Sydney kira-kira jam 3 petang ekoran dari insiden yang tercetus.

Susulan itu, pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) telah menahan penumpang berkenaan sebaik sahaja mendarat semula di lapangan terbang tersebut.

Menurut AFP, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa berlaku pergelutan semasa berada di dalam kabin pesawat MH122.

Jelas AFP lagi, penumpang berkenaan didakwa membuat kenyataan palsu berhubung ancaman bom yang boleh membahayakan pesawat dan penerbangan.

AFP tidak akan mendedahkan kerakyatan

Dalam pada itu, pihak AFP juga tidak akan mendedahkan kerakyatan lelaki itu, meskipun media tempatan melaporkan dia menetap di Canberra.

AFP juga menegaskan kejadian itu tidak memberi kesan terhadap komuniti biarpun sebanyak 32 penerbangan domestik dibatalkan pada hari kejadian.

Tular rakaman kru MH122 cuba tenangkan lelaki terbabit

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman yang memaparkan tindakan kru kabin cuba menenangkan penumpang lelaki terbabit selepas dia mula menjerit kepada penumpang lain semasa penerbangan.

Tidak hanya itu, turut kelihatan beberapa penumpang lain meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan lelaki terbabit kerana mencetuskan kekecohan sehingga menjejaskan penumpang lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

14 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

15 hours ago