Penerbangan MH122 Terpaksa Patah Balik, Polis Australia Tahan Penumpang Lelaki Cetus ‘Gangguan’
Menurut Malaysia Airlines, penerbangan MH122 yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal itu mendarat dengan selamat pada pukul 3.47 petang waktu tempatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan seorang penumpang lelaki membuat kekecohan di dalam pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia menuju ke Kuala Lumpur.
Insiden yang berlaku itu menyebabkan pesawat tersebut terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.
Difahamkan, dalam insiden yang berlaku pada Isnin petang (14 Ogos) penumpang lelaki itu secara tiba-tiba menjerit terhadap kru dan penumpang lain sambil memeluk sebuah beg di dadanya.
Polis Australia tahan penumpang lelaki cetus ‘gangguan’ dalam pesawat MH122
Susulan kejadian itu, pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) telah menahan penumpang berkenaan kerana didakwa mencetuskan ‘gangguan’ di dalam pesawat berkenaan semasa dalam penerbangan.
Menurut AFP, penumpang lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang insiden dan dijangka didakwa lewat malam pada malam semalam.
“Penumpang itu sudah dipindahkan dari pesawat. Tiada ancaman besar kepada orang ramai,” kata AFP menerusi satu kenyataan.
AFP tidak dedahkan butiran-butiran mengenai operasi kejadian itu
Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan mendedahkan butiran mengenai operasi tetapi berkata pelan tindak balas kecemasan sudah dilaksanakan dan tindakan memindahkan lelaki itu dibuat sebaik sahaja pelaksanaannya dianggap selamat untuk penumpang lain dan anak kapal.
Sebelum ini, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata MH122 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menujuk Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik pada pertengahan penerbangan kerana ada penumpang yang mencetuskan ‘gangguan’.
“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney.
“Penerbangan yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal itu mendarat dengan selamat pada pukul 3.47 petang waktu tempatan,” menurut kenyataan Malaysia Airlines.
Tular video kru Malaysia Airlines tenangkan penumpang
Video insiden turut tular di laman X (Twitter) dipercayai diambil oleh penumpang-penumpang pesawat MH122 yang menunjukkan kru kabin sedang menenangkan seorang lelaki selepas dia mula menjerit kepada penumpang lain.
Malah, ramai juga dilihat meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan individu berkenaan kerana mencetuskan kekecohan sehingga menjejaskan kesemua penumpang lain.
JUST IN : Flight MH122 returns to Sydney International Airport due to disruptive passenger onboard – @MAS
— Elill (@Elill_E) August 14, 2023
🔴 Local authorities currently assessing situation #MH122
pic.twitter.com/HD58aGXKrV
This lunatic is getting aggressive & poor people on board are still waiting for security to get in and take him to Allah through the right process. #MH122 is taken hostage by this lunatic giving Billion of Muslims a bad name. 👎 #Sydney Airport is waiting for what?! pic.twitter.com/n9cdThn8ZJ
— Jawad Nazir ✈ (@jawadmnazir) August 14, 2023
#Sydney Airport is suffering at the hands of this lunatic #MH122 pic.twitter.com/tfZXHRsrAr
— Crude Macro 🛢️ (@MacroCrude) August 14, 2023
2 kru duduk disamping lelaki terbabit untuk menenangkannya
Selain itu, turut tular gambar yang memaparkan dua orang anak kapal sedang duduk menemani dan mendengar luahan lelaki terbabit untuk memastikan keadaan terkawal di dalam kabin.
Kudos to the staff for sitting with this lunatic and listening to his bs and keeping him occupied.#MH122 #SydneyAirport #Sydney pic.twitter.com/RfWYE5HtaW
— Muhammad Zubair (@chzaib) August 14, 2023