fbpx
Now Reading
Polis Terpaksa Selamatkan Kanak-Kanak 3 Tahun Terperangkap Dalam ‘Claw Machine’ [Video]

Polis Terpaksa Selamatkan Kanak-Kanak 3 Tahun Terperangkap Dalam ‘Claw Machine’ [Video]

Menurut bapa kepada Ethan, anaknya itu telah merangkak masuk ke dalam mesin tersebut dalam tempoh yang sangat cepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap antara kita pasti pernah mempunyai memori tersendiri apabila bermain ‘claw machine’ yang kebiasaannya diisi dengan patung, mainan atau gajet elektronik.

Malah suatu masa dahulu ia pernah menjadi fenomena apabila ada segelintir pemain bertuah yang dapat memenangi telefon pintar dan sebagainya menerusi mesin tersebut.

Kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam claw machine

Namun berbeza dengan seorang kanak-kanak lelaki, Ethan di Queensland, Australia ini apabila terpaksa diselamatkan oleh polis selepas terperangkap di dalam mesin berkenaan bersama timbunan patung Hello Kitty.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli belah, Capalaba dan polis turut berkongsi video Ethan yang terperangkap di dalam mesin di laman X.

Jelas pihak berkuasa, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 28 Januari jam 7.15 malam.

Kanak-kanak yang memakai baju Power Rangers itu turut mendengar arahan diberikan oleh polis, dia merangkak di atas mainan untuk keluar dan menutup matanya semasa cermin mesin dipecahkan untuk menyelamatkannya.

Malah di dalam video dia juga tidak menangis sebaliknya menunjukkan reaksi wajah yang tenang ketika berada dalam mesin berkenaan.

Sebaik bapa menoleh kepalanya, kanak-kanak berkenaan sudah berada dalam mesin tersebut

Menurut bapa kanak-kanak berkenaan, Timothy Hopper si kecil itu memasuki mesin tersebut dalam tempoh yang sangat cepat Sekelip mata sahaja kanak-kanak berkenaan sudah berada dalam mesin terbabit.

“Mereka bertanya kepada saya berapa banyak wang yang saya masukkan ke dalam mesin? Adakah duit yang tersangkut di dalam mesin? Jawapan saya adalah satu-satunya yang tersangkut di dalam mesin berkenaan adalah anak saya, dan saya ingin dia kembali,” jelasnya, lapor The Guardian.

Katanya, si comel itu turut melambai-lambai ke arahnya sewaktu berada dalam mesin tersebut selama 10 ke 15 minit.

Jelasnya, disebabkan kejadian itu dia turut menerima maklum balas yang negatif di media sosial tetapi mereka adalah kanak-kanak dan boleh bergerak dalam sekelip mata.

Hubungi pihak syarikat claw machine untuk memaklumkan kejadian itu

Hopper kemudiannya menghubungi pihak syarikat mesin itu dan memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Mereka bertanya kepada saya berapa banyak wang yang saya masukkan ke dalam mesin? Adakah duit yang tersangkut di dalam mesin? Jawapan saya adalah satu-satunya yang tersangkut di dalam mesin berkenaan adalah anak saya, dan saya inginnya kembali.

Seorang anggota polis, Snr Const Stuart Power kemudian berkongsi sepanjang 11 tahun berkecimpung di dalam unit beruniform itu ini pertama kali dia melihat kejadian seperti itu.

“Apabila kami mendapat panggilan, ada sedikit senyuman di dalam kereta. Kami berdua sebagai seorang bapa memikirkan bagaimana jika anak lelaki kami yang melakukan perkara itu.

“Kanak-kanak adalah kanak-kanak. Saya mempunyai empat anak lelaki dan saya tidak terkejut jika mereka melakukan hal sama,” kata Power.

Seorang jurucakap Retail First Group kemudian mengatakan itu merupakan kejadian pertama berlaku di salah sebuah pusat beli belah di Queensland.

Terperangkap dalam ‘Claw Machine’ pada waktu yang agak lama

Katanya Ethan berada dalam mesin tersebut untuk tempoh yang lama sehingga pihak keselamatan dan perkhidmatan kecemasan datang secepat mungkin.

“Jelas sekali, mereka memecahkan kaca, jadi mesin itu telah dikeluarkan.

“Kami sedang berbincang dengan vendor mesin itu untuk melihat apakah yang boleh dilakukan agar perkara tersebut tidak lagi berlaku di masa depan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.