fbpx
Now Reading
Terpisah Selama 6 Tahun Kerana Ibu Bekerja, Pertemuan Tiga Beranak Buat Ramai Sebak [Video]

Terpisah Selama 6 Tahun Kerana Ibu Bekerja, Pertemuan Tiga Beranak Buat Ramai Sebak [Video]

Menerusi video itu, kelihatan anak-anak Azura turut menyemak fotonya di dalam telefon untuk memastikan insan yang berada di hadapan mereka adalah bonda yang dirinduinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk bekerja bagi menyara keluarga.

Malah pasti setiap ibu bapa ingin anak yang disayangi hidup dalam keselesaan dan mendapat pelajaran yang baik sehingga ada yang sanggup merantau ke negara orang untuk bekerja.

Terpisah enam tahun dengan anak-anak kerana bekerja di Australia

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Azura, apabila dia terpisah selama enam tahun dengan keluarga serta anak-anak kerana bekerja di Australia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh adik Azura iaitu Adlina di TikTok, awalnya kelihatan Azura baring di atas sebuah kerusi cuba untuk menyembunyikan diri daripada dilihat oleh dua orang anak lelakinya yang ketika itu sedang masuk ke dalam rumah.

Hanya berhubung melalui panggilan video

Dia kemudian bangun dari kerusi tersebut dan berdepan dengan dua anak kecil itu. Mereka dilihat gembira sebaik terpandang wanita yang dipanggil bonda itu namun dalam masa was-was kerana sudah lama tidak bersua muka dengan insan itu.

Ini kerana selama terpisah mereka hanya berhubung melalui panggilan video.

“Enam tahun terpisah, bonda merantau bekerja bukan sengaja meninggalkan anak. Bonda pergi bekerja.

“Anak-anak tak cam (ingat) wajah bonda. Selalu video call tapi anak masih tak pasti. Setiap kali raya dan hari jadi bonda mesti akan selalu kirimkan hadiah untuk anak-anak,” kata Adlina.

Anak siap ambil gambar lihat persamaan ibu

Dalam video turut kelihatan si ibu cuba menyakinkan anak-anak bahawa itu benar-benar bonda mereka.

Mereka turut melihat gambar ibunya untuk memastikan ia adalah orang yang sama sebelum berlari memeluk insan tersayang itu sambil menangis.

“Asmara ditinggalkan semasa berusia lima tahun, Arjuna pula ditinggalkan semasa berusia dua tahun.

“Bonda sangat kuat, dia melakukan segala yang perlu untuk memastikan kamu dapat hidup dengan baik.”

Anak-anak tinggal bersama wan atau nenek ketika ibu di perantauan

Adlina ketika ditemubual BuzzKini berkata selama ketiadaan Azura, anak-anaknya itu tinggal bersama neneknya di Batu Caves, Selangor.

Namun selepas ini kanak-kanak itu tidak perlu lagi menahan rindu kepada bonda tersayang kerana Azura telah kembali menetap di Malaysia.

Malah ujar Adlina, kakaknya itu ketika ini sibuk menguruskan anak-anak untuk dibawa berkhatan memandangkan mereka sedang bercuti panjang.

Turut buat kejutan untuk ibu tercinta dan adik-beradik yang lain

Dalam satu lagi hantaran, Adlina turut berkongsi momen ketika kakaknya itu membuat kejutan kepada ibu dan adik-beradik lain mengenai kepulangannya ke Malaysia.

Kata wanita itu lagi, kakaknya telah pulang ke tanah air pada 15 Disember lalu.

Mengintai di ruangan komen, momen anak beranak itu telah membuatkan ramai tersentuh,

Ada juga yang berpesan kepada orang ramai yang masih mempunyai ibu untuk menghargai insan berkenaan.

“Sebak part tengok gambar dekat telefon dulu. Nak pastikan betul ke tak”

“Terus air jernih jatuh mengalih bila bonda dan anak berpelukan, enam tahun masa yang lama tau”

“Alhamdulillah, ibu yang hebat. Pastinya akan balik untuk pelukan. Bahagia tengok anak-anak dapat kasih sayang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.