UiTM Catat Sejarah, Anugerah Skrol Ke Sejuta Kepada Graduan Dalam Istiadat Konvokesyen Ke-97 [Video]

Umum mengetahui Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang mengadakan Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-97 bermula 5 Ogos hingga 13 September 2023.

Uniknya dalam istiadat konvokesyen pada kali ini, UiTM bakal meraikan penerima skrol yang ke 1 juta seperti yang telah diumumkan oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah ketika hari pertama istiadat konvokesyen itu berlangsung.

Penerima Skrol Ke 1 Juta Dari Fakulti Sains Gunaan

Teka-teki berhubung siapa penerima skrol yang ke 1 juta akhirnya terjawab apabila graduan daripada Fakulti Sains Gunaan, Nur Liyana Athirah Izani merupakan penerima yang bertuah itu.

Dia menerima dan dianugerahkan skrol yang ke-1 juta oleh Naib Canselor UiTM pada sidang ke-22 semalam (20 Ogos).

Menurut Roziah, pada sidang kali ini, kesemua graduan menerima baucar pembelian dari penaja manakala penerima skrol yang ke 999,999, 1,000,000, 1,000,001 dan 1,000,002 menerima hadiah istimewa.

Malah, beliau turut berbesar hati kerana berpeluang meraikan penganugerahan skrol yang ke sejuta dalam istiadat konvokesyen pada kali ini.

“Majlis konvokesyen yang pertama Dewan Latihan RIDA diadakan pada tahun 1964 dengan 50 graduan yang dianugerahkan sijil atau skrol oleh Tun Abdul Razak ketika itu, tradisi penganugerahan diteruskan sehingga saat ini.

“Sehubungan dengan itu, majlis ini adalah simbolik bahawa ITM dan UiTM berjaya menyempurnakan misi penubuhannya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan Bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

“Ia boleh dianggap sebagai hadiah sempena menyambut hari ulang tahun UiTM yang ke-24 pada 26 Ogos ini. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada semua warga UiTM untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti yang dikenali dunia,” kata beliau lagi.

Penganugerahan yang ke sejuta ini turut menjadikan UiTM mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.

Penerima Ke Satu Juta Bawa Pulang Motosikal Modenas

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nur Liyana Athirah Izani di akaun Tik Tok miliknya, antara hadiah istimewa yang diterima adalah tajaan motosikal Modenas, baucar cermin mata, tajaan penginapan di Hotel Swiss Garden dan bonus tajaan belajar daripada Naib Canselor UiTM.

Foto: Tik Tok Nur Liyana Athirah Izani

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar UiTM Raih Tempat Pertama Di Dunia Dalam Peperiksan ACCA

Baca Artikel Berkaitan: Bagi Isyarat Minta Penganugerah Pandang Arah Kamera, UiTM Beri Peringatan Kepada Graduan [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

8 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago