Ibu merupakan insan yang paling istimewa dan sentiasa mempunyai tempat tersendiri dalam hati seorang anak.
Oleh itu, sebagai seorang anak pasti kita ingin menjaga mereka apabila sudah besar selain cuba untuk menjadi yang terbaik buat mereka.
Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh tiga beradik di sebuah hospital ini apabila mereka cuba menjaga ibu yang sakit dengan penuh kasih sayang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Lynnzz, dia suka melihat tiga beradik lelaki yang sentiasa hadir mengujungi ibu mereka setiap kali tiba waktu melawat pada tengah hari dan petang.
Malah setiap kali mereka datang melawat masing-masing akan menjalankan peranan mereka seperti memberi susu menerusi tiub, membelai si ibu dengan penuh kasih sayang, menukar lampin dan baju tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Malah mereka juga turut dilihat sentiasa memberikan sokongan moral kepada si ibu yang sedang sakit.
“Tak pernah lepas pegang tangan bagi sokongan. Lap-lap badan untuk bersihkan mak, tukar pampers dan baju tanpa bantuan kami (nurse).
“Bila dah habis waktu melawat airmata anak-anak mengalir nak tinggal mak mereka. Ya Allah, sejuk tengok anak-anak macam ni,” katanya.
Ujar Lynnzz lagi ketika wanita itu keluar dari hospital tiga beradik itu turut datang bersama-sama.
Dia turut mendoakan agar Allah SWT akan mempermudahkan urusan harian mereka dan agar makcik itu diberikan kesembuhan.
Di dalam komen seorang individu memaklumkan makcik tersebut adalah ibunya dan memaklumkan warga emas itu dimasukkan ke wad selepas menjalani pembedah buang ketumbuhan di bahagian kepala.
Dia dalam masa sama turut menjelaskan bahawa mereka mempunyai tujuh adik-beradik dan tiga beradik yang sentiasa berkunjung ke hospital itu merupakan anak kedua, kelima dan juga keenam.
Lynnzz kemudian menyatakan makcik tersebut sangat beruntung dan berjaya mendidik anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berasa terharu dan memuji tindakan anak-anak kepada makcik tersebut.
Ada juga yang menyatakan tentu makcik tersebut memberi layanan sama semasa membesarkan anak-anak mereka.
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…