Poligami merupakan antara topik yang paling sensitif untuk dibincangkan atau dibicarakan terutamanya di kalangan golongan wanita.
Manakan tidak, kebanyakan para isteri pasti tidak sanggup berkongsi suami yang dicintai sepenuh hati dengan wanita lain.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan dan influencer yang sering berkongsi mengenai kereta elektrik terkenal jenama Tesla sehingga dia dikenali sebagai Abang Tesla yang berkahwin dua.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Abang Tesla berkata tiga jam sebelum dia melangsungkan perkahwinan kedua, dia dan isterinya solat subuh bersama sambil diiringi air mata.
“3 jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua. Solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.
“Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak akan membelakangi isteri saya. Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia,” katanya.
Menurut Abang Tesla, dia mengambil masa untuk memujuk isteri pertamanya meredai hasrat hatinya itu untuk berkahwin lagi.
Jelasnya lagi, seorang isteri yang baik adalah yang taat kepada suaminya serta sentiasa menjaga maruah suami.
“Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya. Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami,” katanya lagi.
Difahamkan, usai majlis nikah bersama isteri keduanya, dia segera mencari isteri pertamanya untuk memastikan emosi wanita itu dalam keadaan baik.
Abang Tesla pada masa sama, turut menasihati para suami yang ingin berpoligami agar tidak membelakangi isteri pertamanya.
Perkongsian itu nyata menarik perhatian netizen sehingga mencetuskan perdebatan. Ada yang menyokong dan ada juga yang mengkritik Abang Tesla kerana sanggup menduakan isterinya meskipun sebelum ini banyak berkongsi momen-momen indah bersama wanita itu.
Untuk info, secara asasnya poligami bermaksud seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Di dalam Islam, poligami hanya dibenarkan kepada suami, namun haram buat seorang isteri mempunyai pasangan lebih daripada seorang.
Meskipun poligami dibenarkan di dalam Islam, namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan untuk seseorang suami sebelum melakukan perkara itu seperti berkemampuan untuk menanggung nafkah para isteri dan anak-anak serta berlaku adil.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…