Majikan Rai Hari Jadi Pembantu Rumah Siap Bawa Ke Spa Untuk Cantikkan Diri Jadi Perhatian [Video]

Sambutan hari jadi merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat segelintir individu.

Oleh itu, ada yang mengambil kesempatan untuk meraikannya sebagai tanda penghargaan kepada orang yang tersayang.

Majikan rai sambutan hari jadi pembantu rumah

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang majikan yang meraikan hari jadi pembantu rumahnya yang merupakan warga asing dipercayai daripada Indonesia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Elecher Lee di TikTok, awalnya kelihatan dia memberikan sepasang baju kepada pembantu rumah yang dipanggil sebagai Kakak.

Selesai sahaja wanita itu menukar baju, mereka kemudian berkunjung ke kedai salun rambut untuk mendapatkan dandan yang cantik.

Tak pernah ke salun rambut selama 38 tahun hidup

Pembantu rumah itu kemudian turut memaklumkan kepada pekerja kedai berkenaan bahawa selama hidup 38 tahun dia tidak pernah ke salun.

Pulang sahaja di rumah, wajahnya ditatahias dengan solekan oleh Elecher sebelum dia dibawa ke spa untuk mencantikkan diri seperti membuat kuku dan sebagainya.

Kelihatan pembantu rumah itu sebak dan mengalirkan air mata apabila mendapat layanan yang begitu istimewa daripada majikan ketika hari jadinya.

Tidak hanya itu, dia juga turut dibawa oleh majikan untuk menikmati makanan mewah seperti daging premium yang dipanggang sendiri.

Terpampang wajah gembira apabila hari jadi diraikan

Apa yang lebih menjadi perhatian kelihatan pembantu rumah itu sangat gembira dan bersyukur kerana diraikan sebegitu rupa.

Jelas Elecher, pembantu rumahnya itu sememangnya layak untuk mendapatkan layanan istimewa tersebut.

Video jadi perhatian ramai

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi kegembiraan tersebut dan tidak kurang juga ada yang memuji hubungan akrab antara majikan dan pembantu rumah itu.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah mempunyai hubungan seperti itu bersama pembantu rumah.

“Bossku pun macam ni, hari jadi satu hari dibawa jalan-jalan pergi mall makan di restoran Bali di Shah Alam, spa, makan sedap-sedap”

“Dia tak panggil maid atau bibik pun. Dia panggil kakak, aduh terharu dah lah cantik kaya baik hati pula”

“Kita sesama manusia, pembantu rumah bukan hamba cuma individu yang membantu kita. Terbaik”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

10 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

10 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

11 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

11 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

12 hours ago