Buat perantau khususnya golongan muda, mencari rumah atau bilik sewa terutama di tempat yang baharu merupakan satu perkara yang sukar.
Keadaan boleh menjadi bertambah susah sekiranya individu itu tidak pernah menjejakkan kaki ke lokasi berkenaan.
Namun, dengan kemudahan teknologi terkini, segala maklumat yang diingini boleh didapati di hujung jari. Taip sahaja apa yang kita mahukan, pastinya dalam hanya beberapa saat, segala maklumat dapat diperolehi dengan segera.
Walau bagaimanapun, kecanggihan teknologi pada masa kini tidak mampu lagi melindungi individu daripada perkara dan ancaman berbahaya.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang gadis di Facebook apabila dia mengalami kesukaran untuk mencari rumah sewa di Terengganu.
Menurut gadis yang dikenali sebagai Shimalaa Sanmuggam itu, dia mendakwa telah hampir dua minggu mencari rumah sewa. Namun kesemuanya menolak Shimalaa hanya kerana dia bukan beragama Islam.
“Saya sedang mencari tempat untuk disewa dan telah mencari bilik atau rumah lebih dua minggu di Terengganu.
“Saya telah menghubungi lebih 40 buah rumah sewa namun respon yang saya terima hanya ‘maaf, tiada sewa untuk orang bukan Muslim’,” tulisnya di akaun Facebook.
Walau bagaimanapun, dia bernasib baik setelah seorang pemuda yang dikenali melalui kumpulan Facebook Warga Setiu sanggup menghulurkan bantuan mahu mendapatkan rumah sewa untuk gadis itu.
Namun, apa yang mengejutkannya apabila lelaki yang sudah berkahwin itu meminta upah seks sebagai balasan atas usahanya mencari rumah sewa untuk Shimalaa.
Pada asalnya, Shimalaa bersetuju dengan permintaan lelaki tersebut kerana baginya mungkin balasan yang diminta adalah dalam bentuk duit ataupun bantuan derma.
“Saya nak upah tapi saya tak nak duit. Saya nak benda lain boleh ke? Saya nak upah main,” kata lelaki itu menerusi mesej peribadi yang dikongsikan Shimalaa.
Shimalaa yang pada mulanya tidak memahami maksud ‘main’ menganggap ia sebagai Forex atau Bitcoin. Namun, respon lelaki itu nyata mengejutkan.
“Saya nak main macam orang main lepas kahwin,” balas lelaki berkenaan.
Kecewa dengan respon yang diberikan oleh lelaki berkenaan, Shimalaa menyuarakan kesedihannya selain mempersoalkan tindakan segelintir pemilik rumah yang tidak mahu menyewakan rumah kepadanya hanya kerana perbezaan bangsa dan agama.
Menerusi semakan kami, lelaki berkenaan dipercayai telah berumah tangga berdasarkan status pada Facebook miliknya. Malah, dia turut dilihat turut memuat naik cover photo bersama seorang wanita dipercayai isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram dengan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.
Namun, ada juga segelintir netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Shimalaa yang menghadapi kesukaran mencari rumah sewa hingga ada di antara mereka yang memberi bantuan kepada gadis berkenaan melalui cadangan beberapa tempat sewa untuk golongan bukan Islam.
Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai dakwaan yang dilakukan oleh wanita itu.
Malah, kami tidak mengetahui sama ada wanita ini sudah membuat laporan polis atau belum berhubung isu tersebut.
Baca Artikel Berkaitan:
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…