Lelaki Kecewa Tidak Dapat Cari Rumah Sewa Kerana Berbangsa India
Menerusi perkongsian di Twitter, pemuda berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila sukar mendapat bilik sewa di kawasan Bandar Utama, Damansara dalam tempoh sebulan ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat individu terutamanya golongan perantau, pastinya akan mencari rumah atau bilik sewa yang berdekatan dengan tempat kerja atau belajar.
Ketika membuat pemilihan, selain lokasi pastinya bajet dan keselesaan menjadi antara kriteria utama.
Namun, tidak sangka pada masa kini, sesetengah pemilik rumah sanggup meletakkan kriteria seperti bangsa untuk mencari penyewa pada masa kini.
Pemilik Rumah Tetapkan Syarat Dalam Memilih Orang Untuk Sewa Rumah
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh @mastermindme6 di Twitter, pemuda berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila sukar mendapat bilik sewa dalam tempoh sebulan ini.
Menerusi ciapannya, dia dikatakan buntu kerana telah lebih sebulan mencari bilik di kawasan Bandar Utama, Damansara untuk disewa namun ditolak kerana berbeza bangsa.
“Saya sangat kecewa, menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab, tidak merokok dan tidak minum alkohol langsung tidak membantu saya terlepas daripada diskriminasi perkauman terutamanya dalam mencari tempat untuk disewa,” ciapnya.
Menurutnya lagi, itu bukan kali pertama dia mendapat layanan tersebut di mana kebanyakan tuan rumah hanya mengutamakan bangsa Melayu dan Cina.
Malah, dia menerusi ciapan balas turut mendedahkan berdepan perkara sama apabila cuba mencari rumah menerusi platform bilik sewa dalam talian.
Seriously frustrated. Being a responsible educator & a non smoker/drinker didnt help me dodge the racial discrimination bullet while searching for a place to live. Its been a long 1.5 months of this ordeal Any compassionate folks out there with room to rent in bandar utama pj? 🙏🏽 pic.twitter.com/EhC3q0ON7k
— . (@mastermindme6) August 10, 2023
Malah, dia berharap pemilik rumah akan mengubah persepsi mereka yang kononnya individu berbangsa India bermasalah.
CHANGE YOUR MINDSET https://t.co/3u3fLj5iO5
— . (@mastermindme6) August 11, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang melandanya. Ekoran daripada ini juga, ada segelintir netizen yang berkongsi platform dan membantunya dalam mendapatkan rumah sewa untuk diduduki oleh lelaki berkenaan.
Malah, ada juga yang mengecam tindakan sesetengah tuan rumah atau pemilik kediaman yang disifatkan rasis kerana menetapkan kriteria seperti ini yang dilihat menyukarkan orang ramai.
Boleh Cuba Speedhome Bro!
Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Tuan
Diorang Ini Tidak Tahu Ke Rumah Orang India Lagi Bersih
Saya Kerja Di Pejabat Pengurusan, Yang Datang Nak Sewakan Dekat Sini Semua Pemilik India Tapi Warning Kami Jangan Promote Kepada Orang India
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Luah Rasa Kecewa Dapat Penyewa ‘Hantu’, Lari Tak Bayar & Biar Rumah Kotor Bersepah [Foto]
Baca Artikel Berkaitan: Ejen Rumah ‘Racist’, Didakwa Tolak Tempahan Penyewa Bangsa India