Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang wanita yang kecewa apabila apabila individu yang menyewa rumah miliknya telah meninggalkan kediaman itu dalam keadaan sangat bersepah dan kotor.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Ija Syariza, pemilik rumah itu memaklumkan si penyewa juga lari tidak membayar sewa sebelum meninggalkan rumah berkenaan dalam keadaan sebegitu rupa.
Setiap sudut rumah sangat bersepah dan kotor
Berdasarkan perkongsian gambar, dapat dilihat setiap sudut rumah berkenaan dipenuhi dengan longgokkan barang-barang yang bersepah serta dalam keadaan yang kotor.
Bagaimanapun, pemilik rumah sewa tidak menyatakan di mana tempat kediaman itu berada.
Individu terbabit disifatkan sebagai ‘penyewa hantu’
Mungkin berang dengan perbuatannya, pemilik rumah itu turut menggelarkan individu terbabit sebagai ‘penyewa hantu’.
“Penyewa hantu. Tak bayar sewa dan lari. Geram sahaja. Satu hal pula nak sewa tong roro untuk buang sampah dia sebab esok ada penyewa nak ‘view’ (lihat),” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam (30 Mac).
Ramai orang kecam tindakan pengotor si penyewa
Perkongsian terbabit ternyata mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penyewa tidak bertanggungjawab itu.
Disamping itu, segelintir pemilik rumah sewa juga meminta agar wanita tesebut berkongsi gambar wajah penyewa hantu itu agar mereka tidak menjadi mangsa yang sama.