Isu perkahwinan kedua pempengaruh dan usahawan terkenal, Abang Tesla sememangnya masih hangat diperkatakan hingga kini.
Malah, podcast khas yang membincangkan isu ini di antara Caprice dan isterinya, Farra Inalis serta Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari sekali lagi nyata menarik perhatian ramai.
Podcast yang turut disertai oleh ahli politik, Datuk Nazir Hussin dan pencipta kandungan, Apex Sayur itu sekali lagi mencetuskan kekecohan dan membuatkan ramai orang panas hati apabila wujud kenyataan yang menyatakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapat anak adalah satu pembaziran.
Kenyataan itu nyata menarik perhatian dan membuat pelawak, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah mengulas lanjut berhubung kenyataan tersebut.
Menurut Achey, pelaksanaan kaedah IVF merupakan satu usaha terutama buat pasangan yang mahukan zuriat daripada isteri pertama.
“Saya terus Astagfirullahalazim. Itu adalah usaha. Bazir atau tidak bazir, kadang-kadang kita mahukan zuriat dengan pasangan.
“Kalau kata membazir, itu hak awak untuk bercakap,” kata Achey menerusi siaran langsung di akaun Tik Tok miliknya.
Bagi Achey, kaedah IVF merupakan usaha buat mereka yang mahu mendapatkan waris bersama pasangan sedia ada.
“Saya ada jumpa pekerja kilang yang banting tulang siang malam cari duit untuk buat IVF.
“Sebab apa? Sebab dia nak anak dengan isteri pertama,” kata Achey lagi.
Achey berpendapat, sekiranya alasan anak digunakan, adalah lebih baik pasangan itu memilih untuk mengambil anak angkat berbanding melangsungkan perkahwinan sekali lagi.
“Kalau betul kenyataan ‘daripada membazir buat IVF, baik kahwin satu lagi sebab nak anak’, kalau IVF membazir dan nak anak sangat, kenapa kau tak ambil anak angkat?” tanya Achey lagi.
Bagi pelawak itu, pengambilan anak angkat tidak salah kerana ia juga merupakan antara usaha bagi mendapatkan waris bersama isteri pertama.
Dalam pada itu, Achey turut menyelar kenyataan Abang Tesla yang menyatakan bahawa anak angkat berbeza dengan anak sendiri.
Menurut Achey, anak angkat boleh dimahramkan dengan menggunakan beberapa cara.
“Dia cakap anak angkat tak sama. Habis dia dengan isteri pertama? Itu bukan waris mereka berdua. Itu waris dia dengan isteri kedua. Sekarang kita nak waris dari isteri pertama tanpa kedua.
“Cerita pasal waris, boleh saja mahramkan. Carilah kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia. Jangan putar belitkan kenyataan!” kata Achey.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan memuji kenyataan yang dikeluarkan oleh Achey berhubung pengambilan IVF sebagai satu usaha untuk mendapatkan anak.
Malah, ada juga segelintir netizen yang telah membuat IVF dan sedang berusaha mendapatkan zuriat turut terasa hati dengan kenyataan bahawa IVF merupakan satu pembaziran.
Sebagai info, anak angkat boleh dijadikan mahram dengan bantuan ahli keluarga terdekat dengan menggunakan kaedah susuan melibatkan ahli keluarga terdekat.
Namun, terdapat beberapa syarat bagi melengkapkan kaedah tersebut iaitu;
Baca Artikel Berkaitan: “Kita Pun Ada Pilihan Untuk Stay Atau Pergi” – Farra Inalis ‘Sekolahkan’ Isteri Pertama Abang Tesla [Video]
Baca Artikel Berkaitan: UAI Bidas Kenyataan Abang Tesla Tentang ‘Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ [Video]
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…