fbpx
Now Reading
“Kita Pun Ada Pilihan Untuk Stay Atau Pergi” – Farra Inalis ‘Sekolahkan’ Isteri Pertama Abang Tesla [Video]

“Kita Pun Ada Pilihan Untuk Stay Atau Pergi” – Farra Inalis ‘Sekolahkan’ Isteri Pertama Abang Tesla [Video]

Menurut Elis, sekiranya seseorang wanita itu tidak rela dimadukan, ia juga boleh membuat pilihan untuk kekal bersama suami ataupun sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehangatan isu seorang pempengaruh dan usahawan yang dikenali sebagai Abang Tesla selepas berkahwin dua kelihatan belum reda lagi.

Ini susulan baru-baru ini, Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari telah diundang menjadi tetamu dalam sebuah program podcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial, Caprice.

Kedua-dua individu itu dijemput untuk ditemuramah mengenai isu poligami. Turut bersama di dalam podcast terbabit ialah isteri Caprice, Farrah Inalis dan seorang tetamu berpengaruh yang juga ahli politik, Datuk Nazir Hussin.

Hidup ini merupakan pilihan – Farrah Inalis

Video podcast terbabit yang berdurasi satu jam itu diakhiri dengan kesimpulan oleh Farrah Inalis atau lebih mesra disapa Elis yang menyatakan hidup ini merupakan pilihan.

Jelas Elis, setiap keputusan yang dilakukan dalam hidup adalah pilihan individu itu sendiri bagi menentukan masa depan mereka.

“Apa-apa pun dalam hidup ini semuanya bergantung pada pilihan juga.

“Dia (Abang Tesla) ada pilihan untuk berkahwin. Kita (wanita) pun ada pilihan untuk pilih laki kita, kita nak stay atau pergi.

“Itu adalah pilihan, itu lah perkara asas dalam hidup ini,” katanya.

Wanita tak rela dimadukan ada pilihan untuk kekal atau sebaliknya

Jelas Elis lagi, sekiranya seseorang wanita itu tidak rela dimadukan, ia juga boleh membuat pilihan untuk kekal bersama suami ataupun sebaliknya.

“Allah itu Maha Adil, Allah beri manusia akal untuk fikir, nak kekal atau nak pergi itu adalah takdir hidup yang perlu manusia pilih.

“Jadi, jika lelaki memilih nak berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu stay ataupun ada wanita yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu. Hanya perlu hormat keputusan dan pendirian masing-masing,” katanya lagi.

Kebanyakan suami hanya jadikan isu poligami sebagai sunnah nabi

Tidak hanya itu, Elis turut kelihatan seperti membidas seseorang apabila menyatakan kebanyakan suami hanya pandai mengatakan poligami sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW namun melupakan amalan Rasululullah yang lain.

“Lelaki-lelaki lain yang macam Elis cakap itu, baca Al-Fatihah pun tak betul, alif ba ta pun tertukar lago, tetapi masuk je tajuk kahwin dua mesti nak guna sunnah nabi.

“Sunnah nabi kunyah 44 kali pun dia tak guna, solat sebelum masuk waktu pun dia tak guna, tapi bab kahwin je guna sunnah nabi. Wajarkah alasan itu?” kata Elis.

Video penuh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.