fbpx
Now Reading
“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk “The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang dihoskan Harith Iskander setakat ini sudah meraih 183 ribu tontonan di YouTube.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman ini, boleh dikatakan hampir kesemua artis atau influencer sudah mula menceburi diri dalam bidang ‘podcast’ atau show yang dimiliki sendiri.

Pun begitu, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar membincangkan tentang isu semasa yang berlaku dan memberi manfaat kepada pendengarnya.

Pelakon dan pelawak Tanah Air, Harith Iskander juga mempunyai rancangan yang diterbitkannya sendiri iaitu ‘Whats Going On, Malaysia?’ di YouTube yang sentiasa membincangkan isu-isu semasa berlaku di negara ini.

Baru-baru ini, di dalam episod ‘Is This The Darkest Malaysia?’, Harith Iskander telah menjemput seorang ahli akademik, Profesor Tajuddin Rasdi untuk membincangkan isu semasa di Malaysia antaranya kemarahan umat Islam terhadap penghinaan kalimah Allah hingga membawa kepada gerakan memboikot.

Melayu Islam rasa ‘diserang’ kerana tidak membaca – Tajuddin

Menurutnya, kebanyakan umat Islam berbangsa Melayu yang merasakan ‘diserang’ sepanjang masa adalah kerana mereka tidak membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara.

Malah katanya, mempelajari agama dalam masa yang singkat serta di sudut ruangan sempit juga menyebabkan seseorang itu menjadi takut dengan bayang-bayangnya sendiri kerana tidak mempunyai pemikiran yang luas.

Video teaser:

Orang Melayu hanya dalami ilmu agama dari Ustaz tanpa membaca al-Quran dan hadis?

Menurutnya lagi, kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berbangsa Melayu hanya mengetahui ilmu agama daripada ustaz atau agamawan sahaja tanpa mempelajari dan membaca al-Quran dan Hadis dengan lebih mendalam.

Kata Tajuddin, terdapat kekangan dalam hal pendidikan yang ada di negara ini yang diambil daripada konstruk tradisional.

“Sekarang kita berbicara soal politik, politik mengenal pasti bahawa ini boleh menjadi senjata dengan mudah kerana orang ramai tidak tahu tentang agama mereka sendiri.

“Mereka ingin ke syurga, tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka tidak tahu tentang Islam, itu masalahnya,” katanya lagi.

Mengenai isu stoking kalimah Allah yang sebelum ini tular dijual di salah sebuah cawangan KK Mart pula, Tajuddin berpandangan bahawa jika seseorang ingin menghina Islam secara sengaja, terdapat cara yang lebih kuat daripada menggunakan stoking kaki.

Sebagai umat Islam dan Melayu pasti kita tercabar dengan kenyataan ‘kurang membaca’ yang dikeluarkan Tajuddin, dan bagi mereka yang bukan beragama Islam pula pasti mahu mengetahui apa yang dia cuba sampaikan bukan?

Jadi apa kata tonton video temu bual di bawah dan dengar perspektif Tajuddin tentang isu hangat di Malaysia ketika ini.

Video penuh YouTube di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.